You are here
SYATILLA MELVIN paranoid Hiburan Tempatan 

SYATILLA MELVIN paranoid

SELEPAS bergelar ibu, pelakon Syatilla Melvin memperlahankan kerjaya seni demi memberi fokus pada urusan rumah tangga. Isteri kepada pelako Shahiezy Sam ini juga tidak mahu terlepas detik-detik indah melihat anak membesar. Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Syeriv Samheizy.

“Buat masa sekarang saya memang memperlahankan kerjaya seni kerana tiada siapa yang menjaga anak di rumah. Syeriv baharu berusia enam bulan, tunggulah sehingga dia umur setahun nanti saya akan kembali aktif.

“Saya hanya terima tawaran berlakon yang tidak melibatkan komitmen masa terlalu lama. Jika ada tawaran hanya untuk beberapa hari saya akan terima.

“Mungkin saya seorang ibu yang paranoid dan tidak yakin untuk melepaskan anak dijaga orang lain. Malah saya juga tidak yakin suami boleh menjaga anak. Sebab itu saya lebih senang uruskan sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.

“Bagi saya anak lebih berharga dari nyawa sendiri dan tidak ternilai dengan wang ringgit. Saya enjoy dengan kehidupan sebagai seorang ibu dan mahu menikmati setiap detik anak membesar depan mata,” jelas Syatilla.

Dalam masa sama, Syatilla akui rindu untuk kembali ke lokasi. Dia juga tidak akan meninggalkan bidang lakonan kerana masih ada peminat yang sentiasa memberi sokongan untuk kembali aktif.

“Memang saya rindu untuk berlakon semula. Peminat juga sudah banyak kali bertanya bila saya akan kembali.  Saya akan kembali berlakon demi peminat dan kepuasan diri sendiri.

“Suami juga tidak ada masalah untuk saya kembali aktif. Dia sangat memahami dan tahu sukar untuk saya tinggalkan terus bidang ini. Jika mahu berhenti berlakon pun, bukan dalam masa terdekat.

“Namun sebagai isteri dan ibu, saya harus memilih watak yang sesuai. Selain itu pengurusan waktu juga penting. Kalau boleh tidak mahu balik sehingga lewat malam kerana risaukan anak di rumah,” ujar Syatilla.

Related posts

Leave a Comment