You are here
Faizal Tahir menang lagu terbaik AIM22 Buletin Hiburan 

Faizal Tahir menang lagu terbaik AIM22

ANUGERAH Industri Muzik ke-22 (AIM22) telah menobatkan lagu nyanyian Faizal Tahir berjudul Sejati sebagai Lagu Terbaik bagi edisi kali ini. Lagu yang turut memenangi kategori Lagu Pop Terbaik itu dicipta sepenuhnya oleh Faizal sendiri. “Saya teruja dan sangat tidak menyangka tentang kemenangan ini. “Saya tidak melihat ini sebagai persaingan kerana semua calon yang menghantar sangat bagus,” komen Faizal tentang kemenangannya. AIM22 turut menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza mendominasi kemenangan dengan lima anugerah iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita), Lagu Nasyid Terbaik, Album Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu dan Anugerah…

Read More
Jelajah Anatomi Faizal Tahir raih lebih 6 ribu peminat Galeri 

Jelajah Anatomi Faizal Tahir raih lebih 6 ribu peminat

SEMPENA pelancaran album Anatomi FT, penyanyi Faizal Tahir telah melakukan siri Jelajah Anatomi Faizal Tahir untuk bertemu peminat. Jelajah bermula di Johor Bahru, Johor kemudian ke Sungai Petani, Kedah dan berakhir di Putrajaya dalam tempoh masa tiga hari berturut-turut. Secara keseluruhan, Faizal berjaya menarik lebih 6000 pengunjung untuk ketiga-tiga siri jelajah. Semua yang hadir nyata terhibur dengan persembahan bertenaga Faizal.   Antara lagu yang dipersembahkan oleh Faizal Tahir pada malam terakhir siri jelajah Anatomi Faizal Tahir adalah Assalamualaikum, Bukan Yang Pertama, Menang, Suriram dan Sejati. Anatomi merupakan album pertama Faizal…

Read More
Misi kemanusian FAIZAL TAHIR di Aceh Galeri 

Misi kemanusian FAIZAL TAHIR di Aceh

PADA 15 September lalu penyanyi popular Faizal Tahir telah menyertai Kembara Kemanusian Bumi Tsunami di Aceh, Indonesia. Program tersebut merupakan anjuran Usrah Billionaire dengan kerjasama iamFaithmen dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Aceh. Faizal memulakan misi kembara dengan pertemuan bersama pelajar di bawah PKPMI dalam sesi Sharing Moment Bersama Faizal Tahir. Ketika majlis ini Faizal berkongsi pengalaman sepanjang melakukan misi kemanusiaan. Perkongsian ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat memupuk nilai kemanusiaan dan sikap saling membantu. Kemudian Faizal meluangkan masa ke Rumah Anak Yatim Serambi Melaka…

Read More
DATUK SITI NURHALIZA PENUHI HASRAT FAIZAL TAHIR Hiburan Tempatan 

DATUK SITI NURHALIZA PENUHI HASRAT FAIZAL TAHIR

DILAMAR oleh syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd untuk berduet bersama Datuk Siti Nurhaliza merupakan impian menjadi nyata buat penyanyi dan komposer Faizal Tahir. Projek duet menerusi lagu berjudul Dirgahayu ini bukan sahaja dapat memenuhi hasrat Faizal malah sebagai hadiah dan kejutan buat peminat yang sudah lama ingin melihat kolaborasi dua penyanyi tersohor ini. “Saya sudah lama teringin untuk bekerjasama dengan Datuk Siti dan idea daripada pihak Global Station untuk menggandingkan saya dengan beliau amat mengujakan saya. “Syukur kerana dengan terlaksananya projek besar ini, hasrat saya akhirnya tercapai. Single duet…

Read More