You are here
Syabas Malaysia! Sukan 

Syabas Malaysia!

BERAKHIRNYA Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil meninggalkan seribu kenangan buat lebih 11 000 atlet dari 206 negara yang bertanding. Syabas buat semua atlet Malaysia yang telah mengharumkan nama negara. Diharapkan lagu Negaraku bakal berkumandang dalam Sukan Olimpik akan datang yang bakal berlangsung di Tokyo, Jepun pada tahun 2020. Kebanggaan Malaysia Buat peminat sukan Malaysia kejayaan membawa pulang lima pingat secara keseluruh pastinya sesuatu yang membanggakan. Ini juga memberi semangat untuk atlet muda negara agar terus menyinar di persada dunia. Malaysia meraih perak dalam acara 10 meter terjun berirama menerusi…

Read More
CHAN PENG SOONG & GOH LIU YING pernah bergaduh Sukan 

CHAN PENG SOONG & GOH LIU YING pernah bergaduh

BUKAN sekadar menghadiahkan perak buat Malaysia, malah bergu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mencipta sejarah tersendiri dalam arena sukan badminton negara kerana menjadi pasangan pertama membawa pulang pingat di sukan Olimpik. Mereka bukanlah sandaran utama pingat dalam edisi Rio 2016. Apa lagi ini penampilan pertama Liu Ying selepas berehat panjang akibat kecederaan. Tatkala nama mereka diumumkan layak ke peringkat akhir sudah cukup membuatkan peminat sukan Malaysia merasa bangga. Bertemu pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir sudah ramai yang meramalkan kilauan emas sukar untuk diraih oleh pasangan…

Read More
Misi belum selesai – AZIZULHASNI AWANG Sukan 

Misi belum selesai – AZIZULHASNI AWANG

HARI ke-11 Olimpik Rio 2016, jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang menghadiahkan sebutir lagi pingat buat Malaysia. Azizul meraih gangsa dalam acara keirin yang berlansung gelanggang Velodrome Olympic Rio, Brazil awal pagi tadi. Memulakan peringkat saingan awal, Azizul hanya berpuas hati pada kedudukan ke-5. Namun dia bangkit dalam pusingan reperchage sehingga melayakkan dia ke separuh akhir. Dia kemudian mengukuhkan kedudukan tiga teratas untuk layak ke saingan akhir sebelum mambawa pulang pingat gangsa. Emas dimenangi oleh Jason Kenny dari Britain manakala Matthijs Buchli dari Belanda meraih perak. Meletakkan sasaran emas pada kemunculan Olimpik…

Read More
Perak dan berlian untuk HE ZI Sukan 

Perak dan berlian untuk HE ZI

BUKAN sekadar meraih pingat perak, malah penerjun China, He Zi,25 turut menerima cincin berlian selepas selesai acara akhir 3 meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk, Rio, Brazil semalam. Kekasihnya, Qin Kai,30 yang turut bertanding di Olimpik Rio 2016 kali ini secara tiba-tiba muncul memberikan sebentuk cincin sebagai tanda lamaran. Tindakan Qin itu mengejut He dan seluruh penonton di sana. “Kami sudah bercinta selama enam tahun. Saya tidak tahu dia akan melamar pada hari ini dan tidak menyangka saya akan berkahwin secepat ini. “Dia bercakap tentang banyak perkara…

Read More
Emas Olimpik JOSEPH SCHOOLING tewaskan idola Sukan 

Emas Olimpik JOSEPH SCHOOLING tewaskan idola

NAMA perenang muda Singapura, Joseph Schooling,22 menjadi perhatian dunia selepas dia memenangi acara 100meter kupu-kupu di Sukan Olimpik Rio 2016. Dalam acara akhir tersebut dia turut menewaskan jaguh renang Micheal Phelps. Cerita kejayaan Schooling menjadi bualan peminat sukan dunia. Dia juga membawa pingat emas pertama buat Singapura dalam sukan terbesar dunia ini. Schooling menjadikan Phelps sebagai idolanya dalam bidang sukan dan pernah bertemu dengan pemenang 22 emas Olimpik itu lapan tahun dahulu. “Berada dia sebelah beliau (Phelps), berjalan dan meraikan kemenanan ini merupakan satu detik indah sepanjang hidup saya. “Semua…

Read More
Nenek SINPHET KRUAITHONG meninggal ketika raih pingat Sukan 

Nenek SINPHET KRUAITHONG meninggal ketika raih pingat

KEJAYAAN atlet angkat berat Thailand, Sinphet Kruaithong, 20 meraih pingat gangsa dalam acara 56 kilogram di Sukan Olimpik Rio 2016 disambut dengan berita sedih kematian neneknya. Subin Khongthap, 84 dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika menyaksikan cucunya sedang beraksi secara langsung bersama ahli keluarga lain di rumah mereka. Dia kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Sinphet bagaimanapun tidak diberitahu tentang keadaan neneknya sehinggalah selesai acara pertandingan. Dalam satu temu bual bersama media Thailand sehari sebelum pertandingan, Subin menyatakan sokongan penuh terhadap cucunya dan berharap agar Sinphet dapat menjadi kebanggan…

Read More
PANDALELA RINONG terus lakar sejarah Sukan 

PANDALELA RINONG terus lakar sejarah

PANDALELA Rinong pernah mencipta sejarah dalam arena sukan negara apabila menjadi atlet wanita pertama yang membawa pulang pingat Olimpik pada tahun 2012 di Olimpik London. Ketika itu dia berjaya meraih gangsa dalam acara terjun 10 meter platform. Edisi Rio 2016, Pandalela sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat dalam acara 10 meter platform berirama bersama pasangannya Cheong Jun Hoong. Satu pencapaian besar buat atlet negara di persada Olimpik. Pasangan terjun negara ini mengumpul 344.34 mata, tewas kepada pasukan China dengan perbezaan 9.66 mata. Manakala pingat gangsa dimenangi oleh pasangan…

Read More