You are here
LOUIS SMITH digantung kerana persenda Islam Sukan 

LOUIS SMITH digantung kerana persenda Islam

GIMNAS asal Britain, Louis Smith, 27 digantung dari menyertai sebarang pertandingan selama dua bulan gara-gara video mempersendakan agama Islam yang dimuat naik olehnya di laman sosial. Tindakan tersebut telah dikeluarkan oleh British Gymnastics selepas Smith didapat bersalah melanggar Standards of Conduct organisasi tersebut. “Louis Smith mengakui perbuatan tersebut telah melanggar etika. Penal telah menetapkan tindakan sewajarnya dengan penggantungan selama dua bulan,” jelas kenyataan media dari British Gymnastics. Smith yang pernah meraih empat pingat Olimpik sebelum ini memuat naik video seakan-akan sedang menunaikan solat. Video yang dirakam bersama rakannya, Luke Carson…

Read More
PANDALELA RINONG terus lakar sejarah Sukan 

PANDALELA RINONG terus lakar sejarah

PANDALELA Rinong pernah mencipta sejarah dalam arena sukan negara apabila menjadi atlet wanita pertama yang membawa pulang pingat Olimpik pada tahun 2012 di Olimpik London. Ketika itu dia berjaya meraih gangsa dalam acara terjun 10 meter platform. Edisi Rio 2016, Pandalela sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat dalam acara 10 meter platform berirama bersama pasangannya Cheong Jun Hoong. Satu pencapaian besar buat atlet negara di persada Olimpik. Pasangan terjun negara ini mengumpul 344.34 mata, tewas kepada pasukan China dengan perbezaan 9.66 mata. Manakala pingat gangsa dimenangi oleh pasangan…

Read More
DAVID BECKHAM sakit tanpa anak Sukan 

DAVID BECKHAM sakit tanpa anak

SEJAK mengambil keputusan untuk menamatkan kerjaya bola sepak pada 2103, David Beckham,40 lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama keluarga. Suami kepada Victoria ini juga akui dia akan rasa ‘sakit’ jika keluar meninggalkan anak-anak di rumah. “Saya akan berasa tidak sihat jika terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah sekarang ini. “Saya lebih selamat sebagai manusia, suami dan bapa. Saya telah meninggalkan waktu di mana detik benar-benar risau dan berjaga-jaga,” ujar bekas bintang kelab LA Galaxy ini kepada majalah GQ. Beckham dan Victoria mempunyai empat orang anak – Brooklyn, 17, Romeo, 13…

Read More
SAZALI SAMAD masih bersemangat harumkan nama Negara Sukan 

SAZALI SAMAD masih bersemangat harumkan nama Negara

DISEBALIK penggantungannya akibat positif ujian doping pertengahan tahun lalu, atlet bina badan Negara, Sazali Samad, 49, menegaskan dia tidak akan berhenti setakat ini. Sazali yang mendapat jolokan ‘Orang Besi Malaysia’ ini tetap bersemangat untuk terus mengharumkan nama Negara di persada sukan bina badan. Menurut Sazali, sepanjang menerima hukuman dan menunggu keputusan rayuan untuk mengurangkan tempoh denda ini, dia banyak memberi perhatian terhadap kerjanya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga latihan yang dilakukan setiap hari. “Walaupun sudah dijatuhkan hukuman, saya tidak akan terhenti di sini. Saya akan teruskan perjalanan dalam…

Read More
MARIA SHARAPOVA mengaku bersalah Sukan 

MARIA SHARAPOVA mengaku bersalah

BEKAS pemain tenis nombor satu dunia, Maria Sharapova yang gagal ujian doping dalam Kejuaraan Terbuka Australia pada Januari lalu meluahkan dia tidak mahu mengakhiri kerjaya sukannya hanya kerana masalah tersebut. Sharapova mengakui mengambil ubat jenis Mildronate selepas mendapat nasihat doktor peribadi keluarganya. Namun tidak sedar ubat itu juga dikenali sebagai Meldonium yang merupakan bahan larangan bagi sukan tenis bermula tahun ini. “Saya gagal ujian tersebut dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara ini. “Penting untuk semua orang tahu bahawa selama sepuluh tahun ubat ini tidak pernah menjadi bahan larangan dan saya…

Read More
Anugerah istana beri semangat buat IRFAN Sukan 

Anugerah istana beri semangat buat IRFAN

MENJADI penerima anugerah termuda sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baru-baru ini menjadi satu detik yang cukup berharga buat atlet lempar cakera negara usia 20 tahun, Muhammad Irfan Shamsuddin. Berdasarkan pencapaian terbaik sepanjang tahun lalu selain pemegang rekod kebangsaan acara tersebut, Irfan dipilih untuk menerima Pingat Jasa Kebaktian. Selain rasa gembira dan teruja, anugerah ini juga menjadi pembakar semangat untuk Irfan terus menyinar di persada dunia. “Ketika awal menerima surat tawaran anugerah, saya tidaklah merasakan apa-apa yang istimewa. Ahli keluarga lain yang lebih teruja dan ibu setiap hari…

Read More
Nombor 1 dunia kelebihan buat AZIZUL HASNI AWANG Sukan 

Nombor 1 dunia kelebihan buat AZIZUL HASNI AWANG

BERADA di kedudukan pertama dunia dalam acara keirin memberi harapan besar buat peminat sukan negara untuk melihat lebih banyak kejayaan yang dicipta oleh pelumba Azizul Hasni Awang,28 dalam acara tersebut. Pelumba yang mendapat jolokan The Pocket Rocket Man ini melihat pencapaiannya kini sebagai satu motivasi dan dalam masa yang sama ia adalah strategi terbaik dalam perlumbaan akan datang. Berkongsi cerita tentang usaha bagaimana dia mencapai status tersebut bersama INSTA ONLINE, kata Azizul ia  bukan satu perkara mudah. Tidak sekadar mencapai kejayaan dalam perlumbaan, malah persiapan ke arah tersebut juga diutamakan….

Read More
Lencongan luar biasa FAIZ SUBRI Sukan 

Lencongan luar biasa FAIZ SUBRI

NAMA pemain pasukan Pulau Pinang, Muhd Faiz Subri,28 tiba-tiba menjadi bualan hangat di laman sosial gara-gara sepakan lencongan yang luar biasa sehingga dianggap mengalahkan tendangan pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada Piala Dunia 1998. Video sepakan tersebut menjadi viral dan mendapat tumpuan dunia. Malah nama Faiz turut disebut sebagai calon untuk Anugerah Puskas FIFA 2016. Gol yang dijaringkan oleh Faiz itu sekali gus membantu pasukan Pulau Pinang menang 4-1 menentang Pahang dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada malam Selasa lalu. “Saya tidak…

Read More
Kontrak baru ALEXIS SANCHEZ bantu Arsenal Sukan 

Kontrak baru ALEXIS SANCHEZ bantu Arsenal

PEMAIN sensasi Arsenal, Alexis Sanchez dijangka akan terus membantu pasukan tersebut merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ditawarkan kontrak baru bernilai RM 311.2 juta. Tawaran ini sekali gus melenyapkan impian kelab gergasi lain di Eropah yang mahukan khidmat pemain asal Chile ini pada musim perpindahan pemain Ogos nanti. Sanchez mula menyertai The Gunners sejak 2014 dan sebelum itu pernah bermain untuk pasukan Barcelona. Dia menjadi harapan Arsenal selepas berjaya menjaringkan 35 gol dalam 76 perlawanan sebelum ini. Arsenal punya harapan tinggi untuk menjuarai EPL musim hadapan buat pertama kali…

Read More
JOHN TERRY tinggalkan Chelsea Sukan 

JOHN TERRY tinggalkan Chelsea

SELEPAS 20 tahun berkhidmat dengan Chelsea akhirnya kontrak ketua pasukan tersebut, John Terry  ditamatkan untuk musim akan datang. Berita pemain berusia 35 tahun itu meninggalkan Chelsea mengejutkan ramai peminat. Dalam satu kenyataan yang dipetik dari BBC, Terry memberitahu dia masih mahu bermain untuk Chelsea namun perancangan pasukan The Blues itu tidak menyenaraikan namanya. “Saya mahu terus kekal, namun kelab (Chelsea) punya hala tuju berbeza. “Pastinya saya ingin bermain untuk kelab lain, bagaimanapun bukan dengan kelab Liga Inggeris,” jelas Terry. Terry bersama pasukan Chelsea sejak berusia 14 tahun dan dia pernah bermain untuk…

Read More