You are here
SENAMAN DENGAN MEDICINE BALL Trend 

SENAMAN DENGAN MEDICINE BALL

PELBAGAI cara dan peralatan yang boleh digunakan ketika bersenam. Selalunya dumbell menjadi pilihan ramai kerana ia popular dan mudah dilakukan. Ramai yang tidak tahu medicine ball boleh membakar lemak lebih pantas. Kajian dari jurnal Strength and Conditioning Research menunjukkan pemain bola keranjang yang menggunakan medicine ball dalam latihan mampu meningkatkan kekuatan, stamina dan penampilan diri. Namun, berhati-hati memilih medicine ball kerana ia memiliki berat yang berbeza-beza. Anda dinasihatkan menggunakan bola yang mampu diangkat dalam tempoh lapan ke-12 gerakan. Berikut adalah tiga gerakan senaman menggunakan medicine ball yang boleh anda praktikkan…

Read More
6 tips hilangkan stress kerja di hujung minggu Trend 

6 tips hilangkan stress kerja di hujung minggu

LIMA hari bekerja dalam tempoh seminggu. Banyak urusan yang perlu diselesaikan sehingga kadang-kala menyebabkan tekanan. Manfaatkan waktu hujung minggu sebaik mungkin bagi menghindari tekanan dalam diri. Apa yang boleh anda lakukan? HINDARI GAJET Dalam tempoh lima hari kita sibuk dengan komputer atau telefon pintar untuk urusan kerja. Apa kata tinggalkan seketika gajet canggih anda pada hujung minggu. Luangkan masa sebaiknya dengan berehat. Mungkin anda boleh ambil lebih masa untuk tidur di siang hari. NIKMATI ALAM SEMULA JADI Bagi mereka yang suka dengan aktiviti seperti berbasikal dan mendaki gunung, hujung minggu…

Read More
PULE – KEJU TERMAHAL DUNIA Trend 

PULE – KEJU TERMAHAL DUNIA

SEMUA sedia maklum bahawa keju diperbuat dari susu lembu. Cheddar, Mozzarella dan American Cheese antara yang biasa kita dengar dan sering digunakan. Namun pernah ada tahu akan kewujudan keju Pule? Pule adalah sejenis keju yang diperbuat daripada susu keldai dan ia banyak dihasilkan di Serbia. Ia bewarna putih dan mempunyai rasa hamper sama seperti keju Manchego dari Sepanyol. Proses penghasilan pule di Zasavica, Serbia sangat rumit kerana tiada mesin komersil digunakan untuk memerah susu. Sebanyak 25 liter susu diperlukan untuk membuat 1 kilogram pula. Sedangkan keldai hanya boleh mengeluarkan susu…

Read More
8 Sebab Mengapa Anda Perlu Melancong Ke Jepun Trend 

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Melancong Ke Jepun

NEGARA Jepun sering menjadi pilihan untuk melancong. Dari utara sehinggalah ke selatan, Jepun kaya dengan khazanah serta punya keunikan budaya tersendiri. Bercakap tentang negara matahari terbit ini, bukan sahaja keindahan alam yang menjadi sebutan. Malah kepesesatan teknologi di sana turut dikagumi ramai. Bagi mereka yang mungkin memasang impian untuk ke Jepun, jangan ragu-ragu. Berikut adalah lapan sebab mengapa Jepun harus menjadi pilihan yang ditulis oleh Ichigo Services. Keunikan rumah Ibadah Buddha dan Shinto Jepun mempunyai pelbagai seni bina dan reka bentuk rumah ibadah sangat unik yang dikenali sebagai Buddha Temples dan…

Read More
6 TIPS cantik ketika bercuti Trend 

6 TIPS cantik ketika bercuti

KECANTIKAN wajah harus sentiasa dijaga walau ketika dalam perjalanan bercuti. Pastinya anda mahu nampak cantik dalam setiap gambar yang dirakamkan apabila tiba di destinasi percutian. Kadangkala perjalanan panjang boleh menyebabkan muka jadi lesu. Berikut ada beberapa tip dari www.travelinspiration.yahoo.com. Sentiasa pastikan kulit bersih Sabun pembersih muka adalah barang yang wajib dibawa. Penting untuk anda menggunakan jenama sabun pembersih yang sesuai untuk kulit. Jika beli yang baru, takut nanti menyebabkan kegatalan atau ruam pada wajah. Pelembab Penerbangan yang memakan masa lama boleh menyebabkan kulit muka kering akibat tekan di dalam pesawat….

Read More
Jenama AMEEN terus jadi pilihan pengguna Advertorial 

Jenama AMEEN terus jadi pilihan pengguna

PERISA minuman Ros Ameen cukup terkenal sejak ia mula dipasarkan pada tahun 1982. Selari dengan permintaan pasaran syarikat Ameen terus menghasilkan variasi pati berperisa dan kordial. Selain sirap ros, Ameen turut mengeluarkan lapan lagi pati berperisa lain iaitu oren, anggur, pisang, jagung, laici, sirap limau, bandung dan sarsi. Manakala tiga kordial minuman adalah mangga, oren dan kiwi. Setiap produk keluran Ameen pastinya menggunakan bahan berkualiti tinggi dan setiap botol mampu untuk menghasilkan gelas bancuhan yang banyak sesuai untuk penggunaan harian di rumah atau majlis. Bagi meningkatkan dan mengekalkan mutu produk,…

Read More
Wangian mewah Far Away Infinity Trend 

Wangian mewah Far Away Infinity

JENAMA Avon memperkenalkan wangian terbaru, Far Away Infinity Eau de Parfum dengan aroma yang lebih segar iaitu hasil campuran floriental klasik bersama sitrus dan vanilla. Kandungan yang terdiri dari kombinasi mewah bergamot Itali, marigold mekar, melur sambac dan vanilla hangat pasti memberikan keceriaan kepada si pemakai. Dibotolkan dalam berbentuk yang eksklusif Ying yang dan tassel hitam yang terkenal dengan jenama Far Away, berserta tutup berona biru laut dan hitam pasti dapat menawan hati.

Read More
Lokasi makanan pilihan di kuching Sarawak Trend 

Lokasi makanan pilihan di kuching Sarawak

Bandaraya Kuching merupakan satu destinasi yang terdiri dari pelbagai etnik dan bangsa. Maka, tidak hairanlah jika masyarakatnya mampu menghasilkan pelbagai jenis makanan yang sedap dan dapat menarik perhatian para pelancong. Jelajah ke tanah Borneo ini sudah pasti anda menginginkan santapan yang enak dengan harga yang berpatutan. Berikut adalah lokasi-lokasi yang popular dengan sajian yang terkenal dan sedap Mee Kolok Pak Amit Café. Lot 3108-3113, SL 3, Jalan astana, Kuching Waktu operasi jam 7 pagi hingga 11 malam. Mee Kolok terkenal dengan kuah yang pekat serta udang yang saiznya memuaskan pelanggan…

Read More
Atasi Premenstrual Syndrome (PMS) Trend 

Atasi Premenstrual Syndrome (PMS)

MENURUT laman Women Living Naturally, sebanyak 20% dari 40% wanita sering mengalami Premenstrual Syndrome (PMS) setiap bulan dan 2.5% dari 5% mengalami simptom Premenstrual Dysphoric Disorder(PMDD). Kekejangan otot, kembung perut, migrain, sakit belakang, ketagihan makanan, ketegangan payudara, cepat marah, dan perasaan tidak menentu akan membataskan pergerakkan seharian anda. Ini menunjukkan simptom tersebut akan menyerang wanita pada setiap bulan dan kadang-kadang membuat kehidupan mereka menjadi lebih teruk. Jadi, anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dari sekarang bagi meyelesaikan masalah yang dihadapi. Berikut adalah tips untuk memastikan hari-hari PMS anda tidak lagi…

Read More
Jubah moden Dzull de classique Trend 

Jubah moden Dzull de classique

PEMAKAIAN jubah semakin menadi trend di kalangan lelaki Melayu sekarang ini. Jubah bukan sahaja boleh dipakai ketika sambutan Hari Raya malah ia juga menjadi pilihan menghadiri majlis agama. Butik Dzull de Classique menampilkan koleksi jubah menarik untuk lelaki. Dengan gaya potongan moden, koleksi jubah Dzull de Classique juga mengikut pilihan pemakai yang mahukan corak atau motif tertentu. Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang ini, mungkin anda boleh cuba untul tampil berbeza. Anda boleh membuat tempahan atau membeli koleksi yang sedia ada. Harga sepasang jumah bermula dari RM 200…

Read More