You are here
KENAL PASTI MASALAH CACING PADA KUCING Trend 

KENAL PASTI MASALAH CACING PADA KUCING

MASALAH kecacingan yang biasa dialami manusia juga boleh berlaku pada kucing kesayangan anda. Cacing kebiasannya adalah parasit dari persekitaran, ia tidak lahir semulajadi dari genetik kucing. Majoriti kucing akan terkena jangkitan parasit ini malahan sebahagian pakar dan praktis dalam kalangan doktor perubatan veterinar tempatan juga akan mewajibkan ‘Deworming’ dari vaksin yang pertama untuk anak kucing dan menasihatkan penjaga kucing untuk mendapatkan rawatan cacing setiap tiga bulan. Hal ini kerana ada kes kecacingan yang tidak menunjukkan tanda. Saiz telur cacing yang mikro menyebabkan jangkitan boleh berlaku walaupun persekitaran yang didiami kucing…

Read More
Hotel Unik untuk percutian Trend 

Hotel Unik untuk percutian

MERANCANG untuk pergi bercuti? Pemilihan tempat penginapan yang sesuai penting dalam agenda percutian. Mungkin anda boleh cuba menginap di hotel berikut yang dikatakan punya keunikan tersendiri. Hotel Inntel , Belanda Reka bentuk hotel yang terletak dalam daerah Zaan, Belanda ini kelihatan seperti gabungan beberapa buah rumah tradisional di sana. Hotel Inntell ini berdekatan dengan stesen kereta api Zaandam dan ia mengambil masa 12 minit perjalanan dari bandar Amsterdam. Dekorasi dalaman hotel ini menggunakan produk kraf tangan tempatan di mana ia menggambarkan sejarah penduduk di sana. Sheraton Huzhou Hot Spring Resort,…

Read More
Tuah jadi anak raja Trend 

Tuah jadi anak raja

Ramai yang bermimpi untuk hidup bahagia di istana. Hidup mewah dan mendapat layanan istimewa sebagai anak raja. Tidak semua manusia dilahirkan dengan gelaran putera atau puteri. Namun ada yang bernasib baik mendapat gelaran tersebut apabila berkahwin dengan anak raja. Dari orang biasa, kehidupan mereka berubah apabila mula masuk istana. Mari kita lihat beberapa individu bertuah yang berkahwin dengan anak raja. Grace Kelly Dari bintang Hollywood terkenal, Grace Kelly bertukar status menjadi Puteri Monaco. Kelly berkahwin dengan Putera Rainier III pada 1956. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak, Puteri Caroline, Putera…

Read More
DIY MASKER UNTUK KULIT CANTIK Trend 

DIY MASKER UNTUK KULIT CANTIK

CANTIK secara murah, mudah dan terjamin selamat? Mengapa tidak!!! Hanya dengan menggunakan buah-buahan, anda boleh mendapatkan kulit wajah yang mulus tanpa perlu membazir duit dengan rawatan penjagaan kulit yang mahal. Asalkan rajin, anda boleh lakukan sendiri di rumah. Bukan saja baik untuk kulit bahkan cara membuatnya cukup mudah serta menjimatkan masa. Ayuh kita semak buah-buahan yang sesuai untuk dijadikan masker bersifat alami ini: AVOKADO Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat. Minyak avokado ditambah…

Read More
KUCING BERTARAF SELEBRITI DI MALAYSIA Trend 

KUCING BERTARAF SELEBRITI DI MALAYSIA

BAGI peminat kucing, sudah tentu kenal dengan 7 nama popular ini. Ibarat setanding dengan barisan artis ternama, si comel ini punya barisan peminatnya yang tersendiri. Jom kita kenali siapa gerangan ‘selebriti comel berbulu’ yang sering menjadi penghibur rakyat Malaysia ini. BUJIBU CHAMPEL Hampir mencapai 400 ribu pengikut di laman IG : @bujibuchampel, kucing yang sering memperlihatkan wajahnya yang sombong dan bongkak ini berasal dari Ukraine, Rusia dan dari baka British Shorthair. Dengan ragam yang pelbagai bersama caption yang melucukan, kucing comel milik Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini sebetulnya amat…

Read More
Rahsia cantik jejaka popular Trend 

Rahsia cantik jejaka popular

APABILA bercakap soal penjagaan wajah, selalunya kaum lelaki akan ambil mudah. Bagaimanapun jangan diabaikan hal tersebut kerana wajah bersih dan tampan dapat membantu penampilan serta meningkatkan keyakinan diri. Berikut rahsia selebriti lelaki terkenal dunia tentang penjagaan wajah mereka. Chris Evans Pelakon Chris Evans yang cukup popular dengan watak Captain America memberitahu dia menggunakan rangkaian produk jenama Kiehl. Dia mendengar kebaikan produk tersebut sebelum mencubanya sendiri. “Saya bukanlah seorang yang mementingkan penampilan. Namun saya terdengar produk Kiehl sangat bagus. Saya mendengarnya banyak kali ketika sedang disolek,” ujar Evans. David Beckham Siapa…

Read More
SARANG LABAH-LABAH BANTU RAWAT LUKA Trend 

SARANG LABAH-LABAH BANTU RAWAT LUKA

SEKALIPUN kita hidup dalam dunia yang serba moden sekarang ini, petua lama jangan sesekali diabaikan. Mana tahu mungkin cara orang dahulu lebih mudah diamalkan jika berlaku sebarang masalah atau kecemasan di rumah. Tangan luka Jika jari anda luka terkena pisau, jangan panik. Ambil sarang telur labah-labah, yang berwarna putih seperti kapasletakkan di jari yang luka. Darah akan berhenti dengan cepat. Hilangkan kutu kepala Masalah kutu amat merungsingkan.  Cara mudah untuk menghilangkan kutu, lumurkan kepala dengan minyak tanah. Bungkus kepala dengan tuala selama 2 jam. Kutu-kutu di kepala akan mati. Redakan…

Read More
LEMON bantu bersihkan badan Trend 

LEMON bantu bersihkan badan

Lemon mempunyai khasiat potasium lebih berbanding epal dan anggur. Untuk itu anda digalakkan minum air lemon setiap pagi dan ia memberi kesan baik yang mendalam untuk kesihatan anda. Ia boleh diminum sejuk ataupun suam, cukup dengan perahan setengah biji lemon untuk secawan air ia dapat memberikan tenaga dan membersihkan sistem badan. Antara khasiat lain lemon adalah seperti berikut: Memperkuatkan sistem imun tubuh Kaya dengan vitamin C, lemon dapat membekalkan sistem imun yang semula jadi dan daya tahan untuk kesihatan anda. Ia amat diperlukan jika anda terasa penat dan tertekan. Ini…

Read More
Istana mewah dunia Trend 

Istana mewah dunia

ISTANA adalah kediaman rasmi golongan Diraja dan boleh dianggap satu kemegahan negara. Sejak berzaman lagi pembinaan istana adalah penting sebagai lambang besarnya sesebuah kerajaan. Ada istana yang dibina bagaikan sebuah kota besar dan ada juga istana yang dibina di atas tapak yang luas. Justeru susah untuk menentukan sesebuah istana itu besar dari segi keluasan tapak atau keluasan bangunan istana sendiri. Mari kita lihat beberapa istana besar dan mewah di dunia. Ada antaranya masih digunakan sehingga sekarang dan ada yang sudah menjadi muzium. Forbidden City, China Istana yang terletak di daerah…

Read More
Tip GULA untuk kek dan biskut raya Trend 

Tip GULA untuk kek dan biskut raya

PASTI ramai yang sudah mula melakukan persiapan menyambut Aidilfitri sekarang ini. Biskut raya antara yang wajib disediakan untuk tetamu nanti. Buat sendiri atau ‘biskut hujung telunjuk’? Kepada yang mahu cuba buat biskut atau raya sendiri tahun ini, berikut ada sedikit tip tentang gula yang ingin dikongsikan. Gula adalah bahan penting dalam membuat biskut dan kek. Jangan ambil mudah, kalau salah langkah tak menjadilah biskut anda nanti. Jika ingin membuat biskut coklat cip, gunakan gula perang kerana ia akan menghasilkan rasa gula yang lebih kuat. Dalam proses membuat kek pula, mentega…

Read More