You are here
Tiada yang dapat halang saya – Ila Damia Hiburan Tempatan 

Tiada yang dapat halang saya – Ila Damia

KETIKA nama penyanyi Ila Damia mula dikenali di pentas Mentor sekitar tujuh tahun dahulu, ramai yang meletakkan keyakinan tinggi bahawa anak didik kepada Joe Flizzow ini mampu pergi jauh.

Namun entah mama silapnya, kerjaya seni Ila seakan tidak menyerlah. Malah mungkin ada yang tidak mengetahui bakat pemilik nama penuh Ila Damiaa Johar ini.

Akui hampir berputus asa ketika awal penglibatan dalam dunia seni, semangat Ila bagaimanapun terus mekar apalagi sehingga kini dia masih di bawah bimbingan Kartel Records milik Joe.

“Tipu kalau saya katakan tidak pernah putus asa. Apa lagi ketika usia muda dahulu. Saya tidak tahu apa yang harus di lakukan.

“Saya mendapat sokongan Joe Flizzow dan Altimet. Kata mereka ini adalah anugerah dalam hidup saya dah harus diteruskan,” ujar Ila.

Ila tampil dengan single terbaharu berjudul Cuma Kamu. Dia yang juga pernah terlibat dalam program Duo Star berharap ini adalah masa terbaik untuk membuat kemunculan semula.

“Harapan saya selepas melancarkan single ini adalah untuk terus aktif dalam industri. Mungkin saya perlu lebih ketengahkan diri agar dikenali ramai.

“Saya melakukan perkara yang disukai. Sejak kecil saya sudah menyanyi.

“Kalau sudah minat, tiada apa yang dapat menghalang saya. Biarlah tidak popular sekali pun,” kata Ila.

Ila bersama Joe ketika majlis pelancaran Cuma Kamu.
Ila bersama Joe ketika majlis pelancaran Cuma Kamu.

Related posts

Leave a Comment