You are here
TOM pilih Eme selepas dua kali menjanda Hiburan Tempatan 

TOM pilih Eme selepas dua kali menjanda

NAMA penyanyi Tom yang juga juara program Mystarz LG seakan sepi dari dunia hiburan. Namun itu tidak bermakna pemilik nama penuh Raja Farah Afzal Raja Ikram ini telah menamatkan kerjaya sebagai penyanyi.

Tom sebenarnya masih aktif menyanyi di kelab bersama band Making of Sushi. Ramai juga yang tidak tahu Tom kini telah bernikah dengan salah seorang peserta program Rockanova iaitu Eme Termizie.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Tom dan kedua buat Eme. Pasangan ini berkahwin pada 27 November tahun lalu.

“Saya lebih aktif menyanyi pada waktu malam di kelab bersama band Making of Sushi. Publisiti mengenai saya saha tidak ada. Jadi orang tidak tahu tentang perkembangan baharu saya.

“Saya akan muncul dengan single duet bersama Eme. Saya mahu teruskan tradisi duet penyanyi lelaki dan wanita yang semakin berkurangan sekarang ini.

“Syukur hubungan saya dengan Eme baik sahaja dan kami bahagia bersama. Dia seorang lelaki yang penyanyang, baik dan bertanggungjawab.

“Dia sangat rapat dengan anak-anak saya dan melayan mereka seperti anak sendiri. Jika saya sibuk bekerja, dia yang akan mengambil tugas menjaga anak,” ujar ibu kepada tiga anak ini dalam temu bual bersama majalah URTV.

Sementara itu menurut Eme pula, dia tidak pernah melihat status janda sebagai satu penghalang dalam hubungan mereka. Keperibadian diri Tom dan minat yang sama dalam muzik membuatkan Eme jatuh hati.

“Dia memiliki ciri wanita idaman. Dia cantik, baik hati, peramah dan bertanggungjawab. Perkara yang membuatkan saya tertaik pada Tom ialah kekuatannya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja demi masa depan anak-anak,” ujar Eme.

Selain sibuk menyanyi, pasangan ini turut mengadakan kelas vokal di Rock On Live Studio yang terletak di Damansara. Baca lanjut kisah mereka dalam majalah URTV keluaran Oktober 2017.

Tom kini bahagia bersama Eme.

Related posts

Leave a Comment