You are here
Ugutan bunuh buat WANY HASRITA muhasabah diri Hiburan Tempatan 

Ugutan bunuh buat WANY HASRITA muhasabah diri

PENYANYI Wany Hasrita,24 mendedahkan dia pernah menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali di laman Instagram Kejadian itu menjadikan Wany lebih berhati-hati dan mengawal setiap perkongsian di laman sosial.

“Perkara tersebut telah lama berlaku dan saya tidak tahu apa puncanya. Mungkin dia hanya mahukan perhatian sahaja.

“Saya kembali muhasabah diri. Mungkin saya terlalu terbuka di laman sosial dan ada orang yang tidak suka dengan tindakan saya.

“Kejadian itu sedikit menggangu emosi. Saya bertanya kepada diri sendiri, apa yang harus dilakukan untuk puaskan hati semua orang.

“Sekarang saya lebih berhati-hati dan tidak akan over jika berkongsi di laman sosial,” ujar Wany.

Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu ini juga cukup faham akan lumrah dunia seni. dia tahu dalam jutaan peminat pasti ada segelintir yang membenci.

“Saya tahu akan ada golongan haters. Itu lumrah sebagai seorang artis dan saya perlu terima perkara tersebut,” luah Wany yang ditemui ketika sidang media Konsert Suria 10 Tahun.

Wany antara barisan artis yang akan menghiburkan peminat pada konsert yang bakal berlangsung pada 16 Disember ini bertempat di Darul Aman Park, Jitra, Kedah. Konsert tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-10 stesen radio Suria FM.

Selain Wany, artis lain yang turut membuat persembahan adalah Datuk Awie, Bunkface, Black, Tomok, Hazama, Aiman Tino, Azlan & The Typewriter, De’Fam serta persembahan istimewa barisan penyampai Suria FM.

Bercerita tentang perkembangan terbaharu, Wany bakal tampil dengan mini album yang mengandung lima buah lagu termasuk Menahan Rindu dan Rintihan Rindu. Dia juga akan meramkan lagu genre tradisional ciptaan komposer Pak Ngah.

 

Related posts

Leave a Comment