You are here
USAIN BOLT akui tidak serius di awal kerjaya Sukan 

USAIN BOLT akui tidak serius di awal kerjaya

PELARI pecut dunia Usain Bolt,30 merasakan dia boleh memenangi lebih banyak pingat sekiranya menumpukan perhatian penuh pada awal penglibatan dalam kerjaya sukan. Atlet asal Jamaica itu berkata demikian ketika menerima Anugerah Atlet Terbaik 2016 yang diadakan oleh Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

Mengimbau kembali perjalanan kerjaya sebagai ahli sukan, Bolt memberitahu kekalahan kepada atlet Amerika Syrikat, Tyson Gay pada tahun 2007 telah membuka matanya untuk berusaha gigih.

“Apabila saya melihat kembali (ketika awal kerjaya), satu perkara yang mahu saya ubah ialah lebih serius sejak awal pembabitan.

“Saya hanya bergantung pada bakat sahaja sebelum ini. Jika saya lebih fokus mungkin saya mampu lakukan lebih lagi. Mungkin saya boleh menang empat Sukan Olimpik jika bermula sejak muda.

“Selepas kalah kepada Tyson Gay saya bertemu jurulatih dan bertanya apa yang harus dilakukan untuk menang. Dia (jurulatih) beritahu saya harus jadi lebih kuat.

“Sejak dari itu saya tahu apa yang perlu dilakukan dan saya terus bekerja keras,” ujar Bolt.

Bolt berjaya mengekalkan pingat emas acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter dalam tiga siri Sukan Olimpik terdahulu (Olimpik China 2008, London 2012 dan Rio 2016).

bolt

SUMBER: AOL

Related posts

Leave a Comment