You are here
USTAZ KAZIM Jawab soalan peminat Buletin 

USTAZ KAZIM Jawab soalan peminat

PEMINAT buku agama dan Ustaz Mohammad Kazim Elias khususnya, pasti teruja dengan buku terbaharu terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), bertajuk Cer Kome Tanye, UKE Jawab yang merupakan hasil usaha penceramah kesayangan mereka.

Buku ini merupakan usaha sama antara UKSB dengan Mingguan Malaysia, iaitu akhbar. Cer Kome Tanye, UKE Jawab mengumpulkan 300 soalan, dan dijawab oleh Ustaz Kazim dalam ruangan tetap beliau dengan tajuk yang sama di akhbar Mingguan Malaysia sejak tahun 2014.

Majlis pelancaran buku ini telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) hujung minggu lalu sempena Pesta Buku Antarabangsa 2017 yang berlangsung di sana. Ketika majlis, Ustaz Kazim turut meluangkan masa memberi ceramah serta bertemu peminat.

Istimewanya dalam buku ini Ustaz Kazim menyertakan 10 soalan tambahan sebagai `hadiah eksklusif’ kepada para pembaca. Soalan-soalan itu tidak pernah disiarkan di Mingguan Malaysia.

Pelbagai soalan berkaitan hukum agama dijawab oleh Ustaz Kazim. Bab Ibadah misalnya merangkumi pelbagai soalan berkaitan solat, umrah dan haji, serta puasa dan zakat. Bab Muamalat menjawab pertanyaan mengenai jual beli, manakala Bab Munakahat pula merungkai pelbagai masalah hubungan suami isteri dan keluarga.

Soalan paling banyak ditanya ialah dalam Bab Umum yang berkaitan aneka isu masyarakat membabitkan permasalahan wanita, hias diri dan kecantikan, serta masalah hubungan cinta. Malah ada bahagian di mana para pembaca boleh mendapat petua dan amalan untuk keluarga.

Cer Kome Tanye, UKE Jawab merupakan buku kedua daripada Ustaz Kazim terbitan UKSB selepas edisi kulit tebal 40 Pesanan Terbaik Ustaz Kazim yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pembaca.

Buku ini diharap dapat memberi pencerahan dan membuka hati para pembaca untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, mengatur hidup mengikut ajaran agama serta mengikut jalan yang diredhai-Nya.

Pihak-pihak yang ingin membuat tempahan awal dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan buku berkenaan boleh menghubungi UKSB di Tel: 03-89262999/016-6586278 (En. Rosli Hanafi) atau Bahagian Pemasaran Utusan di talian 03-89243888/3977/013-6819197 (Cik Munira Adnan).

Cer Kome Tanye, UKE Jawab sudah mula berada di pasaran.

Related posts

Leave a Comment