You are here
VIVO V7 terbaik untuk telefon swafoto Trend 

VIVO V7 terbaik untuk telefon swafoto

Oleh: ROSLI MANAH

Telefon bimbithari ini bukanlah lagi sekadar alat telekomunikasi untuk berhubung sebaliknya memainkan banyak peranan selari pesatnyaperkembangan digital hari ini.

Telefon bimbit kini sudah ambil peranan kamera kompak dengan kecanggihan teknologi yangmembolehkannya merakam gambar seperti sebuah kamera kompak.

 Vivo, syarikat telefon pintar terkemuka memperkenalkan V7, khas kepada pengguna di Malaysia untuk menghasilkanswafoto yang berkualiti. V7 dilengkapi dengan teknologi terkini termasuklah kamera hadapan 24MP dan paparan skrip penuh.

V7 adalah hasil usaha berterusan vivo dalam memahami kehendak pelanggan mereka yang terdiri daripada golongan muda, serta memastikan syarikat terus berkembang dan dikenali secara global sebagai penyedia telefon pintar yang versatil dan dinamik.

“Sebagai pengguna yang sentiasa aktif di media sosial, telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang canggih amat penting kepada remaja hari ini.

“Dengan adanya Paparan FullViewTM serta kamera depan 24MP, vivo V7 dapat memenuhi keperluan mereka serta membantu menangkap detik-detik bermakna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia MikeXu pada majlis pelancarannya di Kuaal Lumpur baru-baru ini.

Pelbagai kecanggihan dengan harga jualan RM1,299 menjadikan Vivo V7 sebagai berbaloi untuk dimiliki. Apatah lagi spesifikasinya menyamai atau lebih berbanding telefon pintar lain yang dijual pad aharga lebih tinggi.

”V7 dihasilkan dengan kepakaran vivo dalam teknologi swafoto. Kamera hadapan V7 mengekalkan warna foto dan pemandangan asli setiap masa, serta membolehkan pengguna menonjolkan keperibadian mereka pada setiap masa, di mana sahaja.

”Teknologi FaceBeauty 7.0 menjadikan swafoto lebih terang walaupun diambil dalam persekitaran yang gelap. Mod potret V7 memfokuskan pada subjek foto sama seperti yang dihasilkan oleh kamera DSLR,” kata Mike lagi.

V7 hadir dengan paparan ratio 18:9 pada skrin bersaiz 5.7 inci, yang memberikan lebih 12.5% paparan berbanding telefon skrin 16:9 yang biasa.

 vivo V7 turut dilengkapi oleh cip lapan teras 64-bit Qualcomm CPU dan RAM sebesar 4GB, agar pengguna menikmati kepantasan pemprosesan terbaik. Antaramuka Funtouch 3.2 juga lebih mesra pengguna dan menjadikan V7 telefon terbaik untuk dimiliki. Selain pengesan cap jari, V7 turut dilengkapi teknologi pengecaman wajah Vivo. Ia mampu mengenalpasti lebih 100 titik perbezaan pada wajah manusia.

V7 bakal dijual di pasaran Malaysia pada 25 November 2017lalu dalam warna CrownGold dan Matte Black.

 

 

Related posts

Leave a Comment