You are here
WANY HASRITA akui suka Tajul Arif Hiburan Tempatan 

WANY HASRITA akui suka Tajul Arif

MUNCUL dengan lagu duet berjudul Di Sana Cinta Di Sini Rindu membuatkan ramai peminat menganggap Wany Hasrita dan Tajul Arif sedang bercinta. Apa lagi kedua-dua penyanyi baharu ini dilihat seperti pasangan Siti Nordiana dan awah Achik yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Apabila diusik soal cinta, Wany tidak menafikan ada perasaan suka terhadap Tajul. Namun ia hanyalah sekadar teman sahaja. Malah Wany akui selesa bekerja dengan Tajul kerana mereka di bawah syarikat pengurusan yang sama (FMC Music).

“Sejujurnya, betul saya sukakan Tajul. Tetapi suka itu bukan sebagai kekasih. Saya anggap Tajul kawan biasa. Saya ini dah 25 tahun dan Tajul baharu tamat sekolah.

“Tidak mungkin kerana jadi pasangan duet, kami boleh jatuh cinta. Kami hanya bercinta dalam lagu. Mungkin keserasian kami berkawan buat orang salah anggap.

“Memang seronok berkawan dengan Tajul. Dia seorang yang agak matang dari usia sebenarnya. Nampak macam budak-budak, tetapi fikirannya lebih matang,” ujar Wany dalam temu bual bersama majalah URTV edisi Julai 2017.

Wany serasi berduet dengan Tajul. Foto dari Instagram Wany.

Selepas namanya mula meledak popular, penyanyi lagu Menahan Rindu ini akui ramai lelaki yang cuba mendekati. Namun adakah hati Wany kini sudah dimiliki? Siapakah jejaka pilihan yang berjaya menambat hati Wany.

Kalau ingin tahu lebih lanjut tentang kisah cinta Wany, jangan lupa dapatkan majalah URTV yang menampil Wany bersama Tajul, Khai Bahar, Aiman Tino dan Nadia Brian sebagai penghias muka hadapan.

Majalah terbaharu URTV kini di pasaran.

Related posts

Leave a Comment