You are here
WOWMALAYSIA bantu perkasakan industri pelancongan Buletin Hiburan 

WOWMALAYSIA bantu perkasakan industri pelancongan

PORTAL pelancongan wowmalaysia.com.my secara rasmi dilancarkan pada 20 Januari lalu bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur sempena turut berlangsungnya MITA Travel Fair 2018.

Perasmian telah disempurnakan olah YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir pada pelancaran tersebut adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd Nor, Presiden MITA, Uzaidi Udanis dan Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn Bdn, Arffin Nordin.

Majlis tersebut dikendalikan oleh pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang bertindak sebagai pengacara. Penyanyi popular Nabila Razali dan Haqiem Rusli turut sama memeriahkan suasana bersama pengunjung yang hadir.

WOWMalaysia merupakan web pelancongan milik Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB) yang merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Utusan Berhad. Penerbitannya diasaskan oleh Arffin Nordin dan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2017.

Penerbitan portal ini adalah lanjutan kepada usaha membantu kerajaan memperkasakan industri pelancongan negara sesuai dengan budaya serta kehendak masyarakat kini yang memerlukan informasi di hujung jari.

Isi kandungan WOWMalaysia dipersembahkan dalam pecahan beberapa kategori termasuk domestik, Asean, global dan berita semasa. Selain itu WOWMalaysia mempunyai 11 segmen pelancongan menarik untuk carian pengunjung. Antaranya beli-belah, penginapan, makan-makan, seni & budaya, hiburan serta sukan & rekreasi.

WOWMalaysia turut mengambil bahagia sempena MITA Travel Fair 2018 yang berlangsung minggu lalu. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan di gerai WOWMalaysia sebagai langkah promosi memperkenalkan portal ini kepada orang ramai.

Penaja utama majlis pelancaran ialah SS Pharma Sdn Bhd iaitu pengeluar produk farmaseutikal dan suplemen kesihatan. Rakan niaga yang turut bekerjasama ialah Creative Mega Network, Kak Lah Kapala Ikan Merah, Glowing Party, Global Trade Supplier Sdn Bhd, Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd, Wonderland Primary Sdn Bhd, ADABi Consumer Sdn  Bhd, Muqoomah Trading & Marketing, Pejuang Usahawan, Deina Global Sdn Bhd, TN Truck Sdn Bhd, Qa’Ma Hijab, Sirius Excel Sdn Bhd dan De First Food Manufacturing (M) Sdn Bhd.

Related posts

Leave a Comment