You are here
Yasin dakwa ada penyangak songlap duit royalti Hiburan Tempatan 

Yasin dakwa ada penyangak songlap duit royalti

PENYANYI dan juga komposer Yasin Sulaiman melalui laman Instagram miliknya semalam memberitahu bakal mengadakan satu perjumpaan dengan pihak tertentu bagi membincangkan masalah berkaitan penulisan lagu.

Menerusi status tersebut, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyeleweng wang royalti yang sepatutnya diagihkan secara betul kepada semua penulis lagu berdaftar di Malaysia.

Yasin turut mempertimbangkan untuk membawa hal ini kepada siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami sedang dirompak. Malam ini saya ada satu perjumpaan penting untuk penulis lagu tempatan.

“Royalti kami telah dinafikan. Khabarnya ada penyangak dalam usaha menyeleweng jutaan ringgit kutipanduit hasil titik peluh penulis lagu sejak berzaman.

“Nantikan gerakan kami untuk memulihkan sistem yang telah rosak ini akibat sang durjana,” tulis Yasin.

 

Related posts

Leave a Comment