You are here
Yuna dan Adam nikah di Puncak Rimba Hiburan Tempatan 

Yuna dan Adam nikah di Puncak Rimba

PENYANYI Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Datuk Mat Zaraa’ai sah bergelar isteri kepada Adam Yousof Mohamed Sinclair hari ini (26 Januari 2018).

Majlis pernikahan mereka berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dan hanya dihadiri ahli keluarga serta teman rapat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantran dan dibalas sembilan dulang dari pihak Yuna. Persalinan pengantin direka oleh Hatta Dolmat.

Yuna dan Adam bertunang pada Ogos tahun lalu. Adam merupakan adik kepada pelakon Ashraf Sinclair.

Related posts

Leave a Comment