You are here
Zulin pulihkan hubungan DAZRIN dengan keluarga Hiburan Tempatan 

Zulin pulihkan hubungan DAZRIN dengan keluarga

BAKAL bergelar suami, pelakon dan penyanyi Dazrin Kamarudin,29 akui dia sedikit gemuruh. Namun perasaan tersebut dianggap suatu yang positif supaya segala perancangan akan berjalan lancar.

Dalam temu bual bersama INSTA ONLINE, Dazrin memberitahu majlis pernikahan bersama wanita pilihannya,  Nurfazulin Razali,33 akan berlangsung pada 6 Mei ini bertempat di Hotel Avillion Legacy, Melaka dan majlis resepsi pula akan diadakan pada bulan Julai nanti.

Pasangan ini mula berkenalan di aplikasi Smule awal tahun 2016. Sekalipun tempoh perkenalan hanya setahun, namun Nurfazulin atau mesra disapa Zulin berjaya membuat hati Dazrin kembali menerima kehadiran seorang wanita selepas melalui pengalaman putus tunang kira-kira tiga tahun lalu.

“Perasaan gemuruh sebelum berkahwin memang ada, namun saya anggap ia suatu perkara yang baik supaya saya akan lebih berhati-hati dalam melakukan persaiapan. Semoga majlis kami nanti akan berjalan lancar.

“Zulin seorang wanita yang baik hati dan saya dapat merasakan keikhlasan dia untuk menjadi teman hidup. Disebakan itu saya tidak rasa perkahwinan ini adalah satu keputusan yang salah.

“Selepas putus tunang dahulu, hubungan saya dengan keluarga sedikit bermasalah. Zulin yang merapatkan kembali hubungan saya dengan keluarga. Itu juga telah membuka hati saya untuk menerima Zulin,” cerita Dazrin.

Sementara itu bagi Zulin, dia menerima Dazrin dengan hati terbuka dan kontroversi yang pernah berlaku sebelum ini merupakan kisah silam yang tidak perlu diungkit kembali. Malah Zulin sendiri cukup sedia untuk berhadapan dengan cabaran dunia seni selepas bergelar isteri nanti.

“Awalnya saya tidak tahu Dazrin adalah seorang artis sehinggalah kawan saya sendiri yang memberitahu. Saya terima kisah silamnya dengan hati terbuka kerana dia tidak pernah sorokkan apa yang telah terjadi.

“Saya sendiri punya pengalaman putus cinta dan sebelum bertemu Dazrin saya tidak fikir untuk berkahwin kerana fokus dengan kerja. Sikap Dazrin yang tidak hipokrit membuatkan saya terima dia sebagai teman hidup.

“Sebelum ini saya pernah ikut dia ke lokasi penggambaran dan tahu bagaimana cara seorang artis bekerja. Dari situ kami jadi semakin memahami antara satu sama lain.

“Saya hanya menjadi diri saya yang sebenar dan sedia berhadapan dengan segala ragam dunia artis selapas ini,” ujar Zulin yang merupakan seorang ketua pramugari berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi.

Pasangan ini memilih kota Milan dan Istanbul sebagai lokasi berbulan madu, namun belum menetapkan tarikh kerana Dazrin akan kembali ke lokasi penggambaran beberapa hari selepas bernikah.

Zulin dan Dazrin saling memahami dan tidak hipokrit. Foto dari Instagram Zulin.

 

Related posts

Leave a Comment