You are here
ZUR EDA BELA ANAK IKAN? Hiburan Tempatan 

ZUR EDA BELA ANAK IKAN?

TIDAK mahu kerjaya terbatas pada satu bidang sahaja, penyanyi Zur Eda,50 kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Biarpun sudah lebih 20 tahun berada dalam industri, Zur Eda tidak pernah anggap dirinya terlambat mencuba sesuatu yang baharu.

“Dengan usia yang semakin meningkat, saya akan rebut apa sahaja peluang kerja. Apa yang penting adalah saya mendapat rezeki halal.

“Ramai yang menawarkan saya berlakon sebelum ini. Namun baharu sekarang saya berani untuk mencuba,” kat Zur Eda.

Bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-3 ini bakal muncul dalam drama berjudul Imamkan Aku di saluran TV3 tayangan sempena bulan Ramadan.

Drama arahan Shuhaimi Lua itu akan menampilkan watak Zur Eda sebagai seorang berstatus datin yang cuba memikat jejaka muda.

Sebagai orang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni, Zur Eda faham pasti ada kritikan negatif apabila drama tersebut mula ditayangkan nanti.

“Dalam drama itu saya sebagai seorang datin yang membela ‘anak ikan’. Saya sendiri tidak sangka di beri babak yang agak banyak dalam drama itu.

“Saya tahu akan ada yang mengata apabila melihat aksi gedik saya dengan pelakon muda. Itu hanyalah lakonan untuk menjayakan watak.

“Saya sudah lama berada dalam industri dan sudah lali dengan kecaman orang ramai. Biarlah mereka mahu kata apa,” ujar pelantun lagu Kelmarin ini.

Zur Eda ditemui ketika majlis pelancaran minuman Kopi Badang di Kuala Lumpur. Dia dan beberapa rakan artis lain seperti Mya Matahari, Acong Sweetchild, Keena Mentor dan Mus May terlibat sebagai duta kecil dalam mempromosikan produk tersebut.

Antara artis yang terlibat mempromosikan Kopi Badang. FOTO: UTUSAN.

Related posts

Leave a Comment