Hiburan

40 Tahun Berlakon…“Aku Rasa Terhina” – JALIL HAMID

INSTA ONLINE turut berasa sedih apabila ada pihak yang seolah-olah tidak pandai menghargai bakat pelakon veteran berbakat besar dan sudah otai iaitu Jalil Hamid.

Jalil hamid melalui laman sosial instagramnya, meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak produksi yang tidak tahu menilai bakat dan pengalamannya selama hampir 40 tahun dalam bidang seni.

Inilah luahan kecewa Jalil Hamid di instagram

Pelakon hebat ini tersentuh apabila harga atau bayaran yang ditawarkan untuk watak utama jauh lebih murah dan tidak sesuai dengan pengalaman serta ekonomi semasa.

Ini luahan Jalil Hamid:

“Bila dah jadi artis veteran ni, rupanya dan jatuh nilai. Aku rasa terhina betul bila ada production house TAWARKAN peranan UTAMA… 12 scene dari 16 scene… Shooting day 2 hari… harga yang ditawarkan RM1500.

“Terasa penat dan sia-sia pulak mengumpul 7…8 AWARD dan ANUGERAH pelakon terbaik dan popular semala hampir 40 tahun.

“Barangkali kerana aku tak ada BERGELAR dato atau Tan Sri. Atau kerana tidak TAMPAN atau HANDSOME.”

Status Jalil Hamid mendapat perhatian ramai artis yang merasa kan tawaran tersebut seolah-olah tidak menghargai bakat pelakon hebat itu

Status Jalil Hamid ini mengundang pelbagai reaksi daripada rakan-rakan artis dan peminat.

Antara artis yang meluahkan rasa simpati mereka terhadap Jalil Hamid adalah Nad Zainal, Mat Over, Jay Iswazir dan Saiful Apek.

Memang tidak sepatutnya pelakon hebat seperti Jalil Hamid dilayan sebegitu. Kepada pihak produksi tersebut, status ini bukanlah bermaksud demand, tetapi anda perlu bijak dalam membuat tawaran.

Semoga hal seperti ini tidak berulang lagi kepada Jalil Hamid dan artis-artis veteran hebat yang lain.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook: Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_