Viral

6 Bomba Meninggal Dunia Ketika Menyelamat Mangsa Lemas Di Lombong

Al-Fatihah… INSTA ONLINE turut bersedih apabila enam anggota bomba disahkan meninggal dunia malam tadi (3 Oktober 2018).

Kejadian ini berlaku ketika enam anggota pasukan PPDA dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar tingkatan lima yang terjatuh ke dalam lombong La Cottage Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Inilah enam hero kita semua. Semoga mereka tergolong dalam mereka yang beriman. Jasa mereka hanya Allah yang mampu membalasnya. Amin…

Enam anggota bomba yang terkorban adalah Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, Yahya Ali, 24, Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25

Kejadian yang berlaku di lombong berhampiran kawasan Perumahan Lokatish, Selangor, ini melibatkan seorang lelaki terjatuh ke dalam lombong.

Mangsa belum dijumpai dan terdapat enam orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi tersebut.

Inilah suasana enam anggota Bomba yang berusaha untuk menyelamatkan seorang pelajar sekolah yang jatuh ke dalam lombong

Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan Perubatan yang berada dilokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi  disahkan meninggal dunia.

Balai Bomba yang terlibat adalah BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang

Maklumat kejadian akan kemaskini dari masa ke semasa.

Insta Online ucapkan takziah buat Semua ahli keluarga enam anggota Bomba ini. Sama-sama kita doakan mereka tergolong di kalangan orang beriman. Amin..

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Sumber: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS