Buletin

AKMAR Ungguli ‘SUARA JUARA’ Dr. Irma Entertainment – Johor FM

TAHNIAH Insta Online ucapkan kepada pemenang tempat pertama pertandingan nyanyian Suara Juara iaitu Nor Akmar Natasha Hasni yang membawakan lagu Semakin nyanyian asal Siti Sarah dan Mengapa (Nike Astria).

Konsert Akhir Suara Juara anjuran Dr. Irma Entertainment dan Johor FM ini berlangsung pada 9 September lalu di Auditorium Sultan Iskandar, Johor Bahru. Seramai enam finalis dipilih ke pentas akhir.

Akmar (tengah) menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengarah Penyiaran Johor, Abdull Hadi dan Dr. Irma

Akmar membawa pulang hadiah berupa sebuah piala, wang tunai RM5000 dan kontrak rakaman dari Dr.Irma Entertainment termasuk program promosi bernilai RM100,000.

Akmar yang kini bergelar artis di bawah naungan Dr.Irma Entertainment
dan pengurusan Leroy Crew Productions akan muncul dengan lagu baru berjudul Sendiri pada akhir 2018.

Selain itu, tempat kedua Suara Juara disandang oleh Ketty Natalia Rasul Khan yang membawa pulang sebuah piala beserta wang tunai RM3000.

Manakala tempat ketiga yang membawa pulang sebuah piala dan wang tunai RM2000 pula adalah milik Amyza Syafiqah Suhaimee.

Finalis lain yang terlibat adalah Muhamad Taufiq Mansur, Wan Nur Najihah Mohammed Akhir dan Nurul Aqilah Mohamad Zafri.

Dari kiri, Ketty Natalia, Akmar dan Amyza

Suara Juara yang bertujuan untuk mencungkil bakat baru ini diadili oleh penyanyi Ronnie Hussein dan penyanyi veteran terkenal A.Rahman Kamarudin. Para peserta dinilai dari aspek vokal, persembahan, kreativiti dan pakaian.

Konsert akhir ini lebih meriah apabila semua persembahan peserta diiringi oleh Kombo RTM, Johor yang diketuai oleh Rudy Yasmin. Manakala penerbit konsert tersebut adalah penyampai radio Azura dari JohorFM dan disokong oleh penaungnya iaitu Pengarah Penyiaran Johor, Encik Abdull
Hadi Mohd Yusoff.

Sedikit tentang penganjur Dr. Irma Entertainment, syarikat ini telah menerbitkan banyak lagu antaranya adalah Definasi Cinta nyanyian Ferhad, Antidot Lara (Ray Asri), Cinta Tirai Biru (Aya Sofia), Melankolia (Ash Hafiz),

Suara Juara Cari Bakat Media Sosial

Pertandingan Suara Juara ini merupakan program pencarian bakat menerusi media sosial yang ketiga dan buat pertama kalinya berkolaborasi dengan JohorFM.

Setiap peserta diwajibkan menyanyi lagu-lagu terbitan Dr.Irma Entertainment dan pemilihan calon-calon ke peringkat seterusnya dibuat berdasarkan views terbanyak. Para pemenang di peringkat ini diberikan hadiah sebanyak RM500, RM300 dan RM200 dan berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

Pemilik Dr. Irma Entertainment, Dr. Irma (tengah) bersama juri, Ronnie Hussin dan para finalis

Tiga orang peserta dengan views tertinggi dan 12 peserta saringan telah terpilih ke peringkat separuh akhir adalah pilihan Dr.Irma Entertainment, JohorFM dan Malaysian Cover.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sosial instagram : @dr.irma_entertainment

Teruskan layari instaonline.com.my dan follow instagram(@instaonline.com.my) #instaonline