Hiburan

Alyah putuskan tiada bicara pasal rumahtangga lagi

Selepas dua hari memuatnaik status kontroversi pasal hubungan dengan suami, penyanyi Datin Alyah enggan lagi bercakap atau menjawab soalan pasal rumahtangga.

Dia bosan kerana selama ini apabila ada isu pasal rumahtangga hanya dia yang bersuara, tidak suaminya, Datuk Ramli MS.

Alyah yang memuatnaik status panjang lebar pasal itu turut ambil kesempatan pohon maaf sekiranya ada yang kecewa dengan luahannya.

Ini status Alyah dalam laman Instagramnya:

“Dalam Setahun Ada 12 bulan. Jangan Kata penyanyi je lah, so Kita letak semua manusia dalam Bumi ni.

“Tak Kira dia cikgu, Dia lawyer, Dia nelayan, Dia apa apa lah atau Dia netizen skali pun…. Mesti Ada Hari buruk Kita dala Sepanjang 12 bulan tu…
” Jadi Saya anggarkan dua hari Lepas adalah Hari terburuk Saya untuk Sepanjang tahun ini.
“Sebelum saya turunkan komen Saya di IG (si dia), saya dah tahu apa akibatnya dan Saya sangat Pasti dengan apa yang Saya buat. Saya bukan budak-budak yang baru dapat fon….
” Saya tiada Niat utk mengaibkan sesiapa dan kejadian ini tidak terjadi pada setiap hari. Saya Percaya ini jugs gerak Dari Allah swt bagi mengingatkan Saya juga (si Dia) dan Mungkin kami terleka dengan Ego Dan sifat sering menyalahkan.
“Air tidak perlu mengatakan yang Dia suci, matahari tidak perlu bagitahu yang Dia kuat, siang tidak perlu marah bagi menyuarakan yang Dia hebat…..
” Selama lapan tahun, hanya Saya saja yang menjawab Segala persoalan dari anda mengenai rumahtangga Saya. Hari ini saya ingin Memberi tahu yang Saya tidak akan Lagi menjawab Segala soalan mengenai rumahtangga saya, mahu pun mengenai (si dia). Terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa. Saya Percaya hanya Allah swt sahaja tahu apa yang ada di dalam ini.

“Mungkin saya Telah mencuit atau guris hati hati Di luar Sana…Saya ALYAH dengan serendah diri memohon Maaf kerana Saya Telah membuatkan kamu Kecewa….Namun jauh di Sudut hati Saya tidak bermaksud sedemikian…….,” tulis Alyah.