Hiburan

Alyah tak bahagia ke?

“Pura-pura bahagia itu penat. ” Itu luahan terbuka penyanyi Datin Alyah dalam laman Instagramnya.

Apa yang Alyah mahu sampaikan? Banyak yang membuat telahan luahan itu menggambarkan rumahtangganya dengan pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS.

Ramli yang menjadi usikan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse semasa dalam program Gegar Vaganza selamba sahaja apabila diusik pasal ketidakhadiran Alyah sebagai peneman dalam program itu.

Selain itu Alyah juga memuatnaik foto bapanya dengan caption yang merintih. “Kalau bapa masih ada, tentu tak akan ada orang nak main mainkan aku”.

Alyah mengakui dirinya berada dalam emosi yang tidak aman. Dia akui sedang beremosi dan tak harapkan nasihat orang yang tidak lalui apa yang sedang dia lalui.

Tak tahulah ia luahan sebenar atau bait lirik lagu baru yang mahu dipromosikan.