Hiburan

ANDI BERNADEE Mahu Kekasih Yang Pandai Jaga Aib

Sudahlah kacak, bermata seksi, senyuman manis seperti madu dan suara pun romantik, pendek kata boleh buat sesiapa pun ‘cair’ tau.

Itulah yang dapat digambarkan tentang diri penyanyi dan pelakon Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Map Angile, 27.

Mesti ramai gadis di luar sana nak tahu, bagaimanakah ciri-ciri gadis idaman bekas peserta  rancangan Big Stage ini ya?

Buat masa ini, Andi lebih selesa fokus kepada kerjaya setelah ‘penat’ putus cinta dulu.

Cerita Andi, “seperti mana lelaki lain, sudah tentu saya mahukan kekasih yang menepati ciri-ciri yang saya mahukan. Barulah sesuai untuk dijadikan isteri.

“Sudah tentu saya mahukan yang beriman di mana boleh  bersama-sama saya menuju ke arah yang lebih  baik.

“Selain itu, kalau boleh saya mahukan kekasih yang pandai berdikari, tidak suka mendesak, tidak terlalu ‘berdrama’, sedia belajar serta menerima teguran dan mempunyai komunikasi yang bagus.

“Namun, apa yang paling penting dan jarang dititikberatkan adalah sikap hormat dan pandai menjaga aib pasangan.

“Iyalah… Dalam dunia ini tidak ada yang sempurna. Biasa ya kekasih adalah antara orang paling rapat yang tahu baik buruk pasangan.

” Jadi,  apa yang tidak elok tu, janganlah dicanang-canang. Jagalah aib orang yang kita sayang ya!

Andi Bernadee antara artis muda yang digilai ramai

Ubah Perangai Kerana Watak

Selain aktif menyanyi, kini Andi Bernadee jadi pelakon pula. Murah rezeki Andi. Alhamdulillah…

“Sekarang saya sedang sibuk shooting telefilem berjudul Korban Penunggu Hospital (Astro Citra).

“Watak yang dilakonkan agak mencabar kerana saya bawa karakter seorang kawan yang sentiasa positif walaupun dalam keadaan cemas dan seram. Kiranya dia memberi kekuatan kepada kawan-kawan lain dalam telefilem tersebut.

Salah satu babak Andi dalam telefilem Korban Penunggu Hospital

“Jadi ia agak sukar kerana berlawanan dengan watak sebenar saya yang gila-gila dan cepat cemas terutamanya  bila nampak ular. Haha..

“Selain itu, saya juga akan muncul dengan single ketiga pada akhir September ini.

“Lagu kali ini agak berbeza rentaknya berbanding  lagu- lagu sebelum ini. Satu muzik yang segar dan sesuai untuk halwa telinga peminat”

Selain Andi, para pelakon lain yang terlibat dalam telefilem Korban Penunggu Hospital adalah Kodi Rasheed, Aprena Manrose, Fatin Afeefa dan Jaa ERA

Jelas Andi Bernadee yang turut memberikan semangat kepada rakan-rakannya yang masih berjuang dalam Big Stage.

Katanya, “lakukan yang terbaik dan jadikannya sebagai platform untuk terus maju dalam nyanyian. Dengar nasihat mereka yang lebih senior dan sentiasa menghormati masa.”

Insta Online doakan Andi Bernadee terus sukses ya! Amin…

Teruskan layari instaonline.com.my

Foto:Instagram @andibernadee