Buletin

Anugerah Skrin 2018… Malam Meraikan Otai

Tahniah Insta Online ucapkan buat semua pemenang Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) yang baru sahaja selesai berlangsung sebentar tadi (2 November 2018) di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

ASK 2018 ini juga bersiaran langsung di TV3.

Amyra Rosli

Apa yang insta online lihat, malam ini adalah malam otai-otai (sudah lama berkecimpung dalam dunia seni) meraikan kemenangan.

Normah Damanhuri

Baik di skrin atau belakang tabir, kebanyakannya ‘dimonopoli’ oleh otai-otai. Nampaknya, otai masih berbisa kan!

Sebut sahaja nama Fauziah Nawi, Normah Damanhuri, Namron, Umie Aida, Din Said, Rashid Sibir dan ramai lagi, umum mengetahui kehebatan bakat mereka tak mampu dipertikaikan lagi.

Datin Paduka Umie Aida

Namun, ramai juga bakat muda yang tercalon dan menang! Antaranya Nad Zainal, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Jay Iswazir dan sebagainya.

Kata orang, tiada yang lama, tiadalah yang baharu. Gabungan kedua-dua generasi inilah antara kekuatan industri seni kita semakin berkembang.

Fauziah Nawi

ASK 2018 kali ini dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Datuk M. Nasir, Jaclyn Victor, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Shiha Zikir, OAG, Marsha, Qody, Altimet, Amelia Henderson, Raja Shahiran, Shawn Lee dan pertunjukan silap mata oleh Andrew Lee.

Manakala penyampai-penyampai bagi anugerah ini adalah Izzue Islam, Sherry Al-Hadad, Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Datuk Rosyam Nor, Maya Karin, Awal Ashaari, Zahirah MacWilson,Naz Habibur dan Nora Danish.

Shiha Zikir Mempersembahkan lagu Cindai nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Nad Zainal

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2018 :

Penyunting Drama Terbaik: Mohd Shahrul (Qalbu)

Videografi Terbaik :Nasarudin Ahmad (Nisaa)

Lakon TV Terbaik : Sofia J Rhyland (Aku Nazmi)

Lakon Layar TV Terbaik : Huzir Sulaiman (Dukun)

Rancangan Majalah Terbaik : 999

Rancangan Realiti Terbaik : Let’s Cycle Season 3

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem:  Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem:  Namron (Dukun)

Drama Komedi Terbaik : Mat Dukun

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Fauziah Nawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Qalbu)

Rancangan Anugerah Terbaik : Anugerah Skrin 2017

Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Amyra Rosli (Nur)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian : Syafiq Kyle (Nur)

Pengarah Terbaik Filem: Dain Said (Dukun)

Pengarah Terbaik Drama :Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Umie Aida (Dukun)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam

Pelakon Lelaki Terbaik Drama :Jay Iswazir (Aku Nazmi)

Pelakon Wanita Terbaik Drama :Nad Zainal (Fatonah Azali)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) :Green Wall

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) :Nur

Drama Terbaik : Pendosa Ingin Ke Syurga

Filem Terbaik: Dukun