Hiburan Viral

Ariff Bahran terus dicerca

Penyanyi baharu, Ariff Bahran terus dicerca netizen gara-gara mengeluarkan kenyataan yang dianggap memperlekehkan Tomok dan kumpulan New Boyz dalam program Bigstage minggu lalu ketika Tomok dipanggil sebagai juru jemputan.

Kenyataanyya dalam video yang mengatakan tidak faham kenapa orang meminati Tomok dan New Boyz membuatkan banyak yang beranggapan dia bersikat biadap dan tidak menghormati penyanyi senior.

Ariff memohon maaf kepada Tomok dalam laman Instagramnya dan menjelaskan dia tidak bermaksud menghina Tomok, namun cercaan terhadapnya terus berpanjangan.

Penyanyi senior Damian Mikhail turut melontarkan pendadngan dan menasihati penyanti BBNU itu agar lebih merendah diri untuk jadi terkenal.

“Terpanggil membuat sedikit komen tentang peserta pertandingan nyanyian realiti TV Ariff Bahran ke apa nama dia yang kutuk Tomok.

“Ariff… adik perlu sedar kedudukan awak di mana dahulu sebelum membuat kenyataan yang melibatkan kredibiliti orang lain dik.
Awak tu peserta. Tomok tu juri. Jauh beza tu. Ada sebabnya kenapa kau di tempat kau dan beliau diberi penghormatan untuk duduk di kerusi juri tersebut oleh pihak produksi.

“Tomok bukan setakat budak New Boyz je, tapi merupakan seorang artis yang berani menyahut cabaran walaupun dikutuk untuk terus berjuang dan berusaha memperbaiki diri dia demi kemajuan. Beliau berani turunkan ego dan mula daripada bawah apabila masuk sebagai peserta biasa dalam program One In A Million dulu.

“Walaupun dah dikenali, dah ramai peminat tetapi masih humble dan sudi menerima kritikan daripada semua dengan senyuman. Beliau membalas dengan menunjukkan progress dan terus usaha  sampai jadi Juara.

“Itu sebenar sebab kenapa ramai orang  minat Tomok. Mereka bukan sahaja meminati beliau tapi saya sendiri menghormati dia.

“Kamu pula budak entah dari mana, muka pun tak berapa hensem, suara pun tak seberapa, bakat lain pun menjadi persoalan. Masuk program realiti mengharapkan instant fame, dan ada hati lagi nak mempersoalkan kredibiliti Juri.
Kamu adalah contoh yang terbaik perangai sebahagian budak-budak sekarang yang rasa self entitle. Generasi semua pun Ada. Generasi yang tak faham rejection. Generasi yang tak dapat terima kenyataan,” tulis Damian.

Damian juga berharap Ariff sedar diri secepat mungkin seterusnya memohon maaf kat Tomok dan perbaikilah attitude.

“Nak berjaya dalam industri bukan setakat ramai peminat, tapi kena dihormati ramai,” tulisnya di laman Facebook hari ini.