Gaya Hidup Viral

Asia Street Market tawar 80,000 produk seisi keluarga atas talian

Syarikat e-dagang asiastreetmarket.com yang berpangkalan di ibu kota menawarkan lebih daripada 80,000 jenis barang yang boleh dibeli secara atas talian dengan harga berpatutan.

Syarikat itu diasaskan oleh enam orang usahawan muda yang nampak potensi perniagaan atas talian yang menjadi trend hidup masa kini.

Salah seorang rakan kongsinya,  Muhammad Kamarulariffin Ahmad memberitahu, kewujudanya  adalah untuk memudahkan orang ramai membeli dengan harga lebih rendah berbanding di pasar raya.

Syarikat tersebut menawarkan satu lagi pilihan kepada pengguna dalam era digital memilih produk yang memenuhi cita rasa seisi keluarga.

“Sebab itulah asiastreetmarket.com  mahu dekat di hati orang ramai kerana kualiti barangan ditawarkan lebih tinggi daripada duit yang dibelanjakan.

“Kami menawarkan pelbagai produk untuk lelaki, perempuan, kanak-kanak, gajet ICT, sukan, peralatan perkhemahan dan pelbagai lagi dengan penghantaran secara percuma dalam tempoh ditetapkan.

“Inilah antara impian kami, bahawa konsep dan kelebihan  e-dagang ini perlu dikongsi bersama dalam mewujudkan situasi memang-memang kepada penjual dan pembeli,” katanya.

Muhammad Kamarulariffin menambah, matlamat lebih besar ialah dalam tempoh 12 bulan ini ini asiastreetmarket.com bakal muncul sebagai  `tapak perniagaan’  pilihan utama kepada ushawan kecil dan sederhana (IKS) mempromosikan produk-produk mereka.

Peluang yang mahu ditawarkan ini, tambah beliau,  dapat  membantu menyelesaikan masalah IKS yang kebanyakkannya  berhadapan cabaran memasarkan produk mereka ke luar negara kerana lemah dari sudut promosi dan pemasaran.

“Cabaran ini menyebabkan mereka gagal mencapai matlamat dalam perancangan perniagaan walaupun kualiti produk dihasilkan setanding dengan jenama terkenal.

“Tetapi saya yakin asiastreetmarket.com mampu melaksanakannya kerana laman webnya bukan sahaja mesra pengguna malah mudah dilawati oleh penduduk di seluruh dunia,” katanya.

EDagang itu bakal berkerjasama dengan I Synergy International (M) Berhad, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemasaran affiliasi yang pertama dan terbesar di Malaysia.

Jalinan kerjasama ini, tegasnya, berupaya memantapkan lagi usaha kedua-dua belah pihak untuk mengembangkan pemasaran affiliasi secara atas talian atau pembelian di kedai secara konversional di Malaysia dan Indonesia.

Untuk membeli apa sahaja keperluan masa kini dengan mudah di hujung jari, layarilah www.asiastreetmarket.com