Sukan

Warna-warni Piala Dunia 2018

Peminat bolasepak Piala Dunia 2018 sudah berkira-kira membuat ramalan pasukan manakah yang bakal menjulang trofi tahun ini. Sekarang ini senarai 16 pasukan yang layak ke pusingan kalah mati sudah terjawab. Ada yang memberangsangkan dan tak kurang juga yang mengejutkan. Paling sadis pasukan Jerman,juara bertahanyang kandas di peringkat kumpulan dengan huni tangga tercorot.

Hiburan

Pak Pandir meninggal dunia

Penyanyi lagu-lagu rakyat Pak Pandir atau Azmi Ali, 62, meninggal dunia awal pagi ini kerana komplikasi beberapa penyakit. Penganyi yang popular dengan lagu Yang Remeh Temeh sekitar awal 1990-an serta pernah menjadi pegawai syarikat rakaman itu meninggal dunia di Hospital Kajang sekitar pukul 4.30 pagi.

Buletin

Konsert Metal Legend II, 8 September janji terbaik

Kejayaan Konsert Metal Legends Live In Concert yang menampilkan paduan dua band metal terkemuka Malaysia, XPDC dan Cromok di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 3 Februari lalu bakal bersambung. Kesinambungan dan atas permintaan ramai, pihak penganjur Dream Stage membawa konsep yang sama ke Pasir Gudang dalam Konsert Metal Legends II Live In JB. […]

Hiburan

Konsert pertama Projector Band 28 Julai

Selepas tiga tahun mendapat tempat di hati peminat, Projector Band bakal muncul dengan konsert sulung, Konsert Sudah Ku Tahu 2018 di Pusat Konvensyen Quill, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 28 Julai ini. Konsert sulung tersebut anjuran JW Live Productions Sdn Bhd. itu bermula pukul 6.00 petang. Semestinya lagu terbaru Setia Menantimu bakal dipersembahkan nanti.

Buletin

Konsert K-Wave3 bawa bintang KPop ternama

Selepas tujuh  bulan berlalu, Festival Muzik K-WAVE 3 yang dibawakan oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR kini kembali memeriahkan industri hiburan tempatan. Barisan artis seperti FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, JEONG SEWOON, WJSN dan BOYFRIEND akan mencetuskan gelombang di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18  Ogos ini mulai pukul 8.00 malam.