Buletin

Ayah WAK DOYOK Meninggal Dunia Kerana Usus Bengkak

SELEBRITI popular Wak Doyok meluahkan rasa sedihnya melalui laman sosial atas pemergian ayahnya Mohd Nor Abdul Hamid yang meninggal dunia, pagi ini.

Allahyarham yang berusia 86 tahun meninggal dunia akibat sakit usus bengkak. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini.

Wak Doyok bersama ayahnya Mohd Nor Abdul Hamid

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkongsi berita sedih itu menerusi laman sosial Instagram dan Facebook miliknya.

“Salam semua, Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan al-Fatihah buat Baba saya,” tulisnya.

Insta Online mengucapkan takziah dan marilah kita sama-sama hadiahkan al-fatihah dan doakan agar Allahyarham digolongkan bersama orang beriman. Amin…

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)