Gaya Hidup

Bagaimana Ingin Dikasihi ALLAH?

Rahmat Allah terlalu luas, tidak terhitung banyaknya. Malah terkadang tidak terjangkau dek akal kita untuk memikirkannya.

Tetapi, tahukah kita bagaimana caranya untuk mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah?

Berbuat baik kepada anak-anak yatim antara amalan yang disukai Allah

Salah satunya adalah dengan berbuat baik dan berkasih sayang sesama manusia. Ini kerana orang yang menyayangi saudaranya, pasti akan disayangi oleh Allah s.w.t.

Sebaliknya orang yang tidak mengasihi saudaranya, pasti tidak akan dikasihi Allah.

Selain itu, mengasihi anak yatim juga adalah antara perkara yang amat disukai oleh Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi adalah menjadi tanggungjawab dan Kewajipan untuk mengasihi anak-anak yatim.

Allah mengasihi orang yang berbuat baik kepada haiwan

Bukan itu sahaja, berbuat baik serta ihsan kepada haiwan juga adalah sifat yang perlu disemaikan dalam diri.

Memelihara haiwan ini amat dianjurkan dalam Islam, tetapi pemiliknya mestilah menjaga hak-hak yang sepatutnya diberikan kepada haiwan peliharaannya.

Oleh itu, jika kita ada memelihara haiwan peliharaan di rumah seperti kucing, ikan, arnab  dan sebagainya, berilah makan dan minum dengan secukupnya dan jagalah kebaijkan haiwan peliharaan sebaik-baiknya.

Arnab antara haiwan peliharaan yang mudah dijaga

Mudah-mudahan ilmu ini bermanfaat kepada kota semua. Amin.. Amin…

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Sumber: Majalah Al-Islam (isu Jun 2018)