Hiburan

Bahagia… “Kami Bercinta Bukan Macam Budak-Budak” – SYAZWAN ZULKIFLY

SEMAKIN berseri-seri wajah pelakon bertubuh sedap Syazwan Zulkifly (31) ni semenjak bahagia bercinta dengan seorang pramugari. Cara kekasihnya yang tidak terlalu memaksa, sabar dan suka mengalah membuatkan Syazwan makin sayang gitu…

Syazwan sedang bahagia bercinta dengan pramugari

Cerita Syazwan, “kami dah 10 tahun kenal. Kami mula bercinta tiga tahun lalu. Cuma, kalau boleh saya tak mahu istilahkan hubungan kami sebagai cinta, cukuplah sebagai kawan rapat. Bila kawan ni, kita boleh kongsi macam-macam perkara.

“Apa yang boleh saya cakap, setakat ini hubungan kami berjalan dengan baik. Dalam hubungan, kena ada give and take dan saling mengalah untuk kebaikan bersama. Tak perlu nak perjuangkan siapa menang atau kalah, betul atau salah.

“Dalam masa yang sama, saya beruntung kerana si dia banyak bersabar dengan karenah saya dan jauh sekali nak merungut. Dia terima saya seadanya.

“Walaupun dia tidak faham sangat dengan jadual kerjaya sebagai pelakon, dia tetap menyokong dan cuba memahaminya tanpa rungutan.

“Kalau saya minta tolong dia bacakan skrip dan jelaskan isinya, dia cuba yang terbaik padahal itu bukan bidangnya. Itulah keistimewaannya.

“Kami bercinta bukan macam budak-budak seperti cemburu tak tentu pasal dan dan bermanja-manja sangat. Tak perlu nak risau sepanjang masa.

“Cukuplah kerisauan, cemburu dan manja-manja tu sesuai dengan umur saya sekarang. Maksud saya hubungan cinta yang lebih matang. Bukannya nak manja-manja seperti budak umur 16 tahun.

“Sebagai pramugari dia selalu fly dan saya pula sibuk dengan shooting. Tak perlu nak ada rasa risau dia curang atau tak, sebab masing-masing percaya serta tahu peranan masing-masing.

“Kami juga boleh tunjuk perangai masing-masing, jadi diri yang sebenar tanpa judge yang itu betul atau salah. Go with the flow dan terima seadanya diri masing-masing.”

Luah Syazwan yang tidak mahu terburu-buru dalam soal kahwin. Baginya, jodoh itu bukan terletak kepada umur muda atau lanjut.

Lambakan Pelakon Baru Bukan Saingan

Syazwan akui lambakan pelakon baru yang hadir dengan pakej menarik sedikit sebanyak membuatkan dirinya kurang diberi perhatian oleh peminat.

“Bila ada yang cakap saya kurang popular seperti dulu, saya akuinya. Iyalah… Hidup ini ibarat roda. Tidak selamanya di atas.

Bagi Syazwan, lambakan pelakon baru Bukanlah saingan

“Sebenarnya banyak faktor. Saya akui lambakan pelakon baru sedikit sebanyak membuatkan ada peminat yang lupakan saya. Namun saya menolak pendapat yang mengatakan kurang popular disebabkan saingan.

“Sebelum ini pun saya bersaing dengan ramai pelakon hebat-hebat, tetapi nama saya tetap disebut-sebut dan tidak putus-putus drama di kaca televisyen.

“Apa yang saya boleh cakap, ini zaman pelakon-pelakon baru mula mendapat perhatian. Saya juga pernah melalui semua ini dulu. Ini adalah soal rezeki.

“Selain itu, saya juga kurang mendapat liputan media. Itu menyebabkan ada yang ingat saya sudah tidak berlakon padahal ada saja drama saya sedang disiarkan.

“Terima kasih kepada semua peminat, wartawan dan orang-orang dalam industri yang tidak pernah melupakan saya. Hanya Allah yang mampu membalasnya.”

Begitulah cerita Syazwan yang akan menerbitkan sebuah filem sejarah bersama pengarah Yob Hitler.

Syazwan juga akan muncul dalam siri drama Pujaan Hati Kanda (TV3) untuk slot Akasia serta filem Cinta Romusha dan Warkah.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Foto: Instagram @syazwanzulkifly