Viral

Betul Ke Elaun Anggota APM disekat? Kasihannya…

Sebelum ini memang Insta Online ada mendengar keluhan beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang mereka tidak mendapat elaun pada tarikh  yang sepatutnya.

Malah berbulan-bulan lambatnya.

Hari ini ramai anggota Angkatan Pertahanan Malaysia APM yang dahulu dikenali sebagai JPAM terkejut kerana mendapat berita elaun mereka tidak dapat dibayar sehingga tahun hadapan.

Menurut sumber yang telah viral,  APM dikatakan sudah tidak mempunyai cukup dana untuk membayar elaun kepada mereka.

Baki elaun bulan Ogos dan September mungkin akan dibayar pada Februari 2019.

Pihak pengurusan tertinggi APM juga dikatakan telah cuba berusaha berjumpa dan berunding dengan beberapa pihak termasuk Timbalan Ketua Setuausaha Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tentang peruntukan tambahan tapi dimaklumkan, masih belum ada jawapan setakat ini.

Semoga isu elaun anggota APM disekat ini dapat diselesaikan dengan baik.

Pihak pengurusan menasihatkan kepada semua anggota sama ada  mereka ambil cuti tanpa gaji dari APM ataupun cari kerja lain.

Pihak pengurusan APM juga tiada halangan bagi anggota yang ingin meletak jawatan ataupun berhenti.

Pengorbanan anggota APM juga seperti anggota Bomba yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk masyarakat. Mereka juga terdedah dengan bahaya dan risiko tinggi apabila menjalankan tugas.

Jika memang betul elaun anggota APM disekat, tidak dibayar atau dibayar lambat, diharapkan isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kebaikan anggota APM kerana mereka juga sangat penting demi keselamatan masyarakat.

Kalau boleh janganlah libatkan isu politik kerana mahu atau tidak, anggota APM berhak mendapat hak mereka.

Doakan yang terbaik buat anggota APM ya! Amin…

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook: Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_

Sumber: Facebook: Tun Carlos