Viral

Betul ke Malaysia Tak Mampu Capai WAWASAN 2020?

Dulu, kalau sebut Wawasan 2020, INSTA ONLINE pasti terbayangkan, ketika itu (tahun 2020) Malaysia mempunyai ekonomi yang pesat, tiada lagi rakyat miskin atau mempunyai hutang yang banyak, sistem politik dan pendidikan yang kukuh dan banyak lagi.

Malah ada yang  berimaginasi, membayangkan kereta boleh terbang untuk elak kesesakan lalu lintas. Hebat kan?

Logo Wawasan 2020

Namun, melihat situasi sekarang, adakah kita mampu mencapai Wawasan 2020, sedangkan hanya tinggal dua tahun lagi? Agak mustahil kan?

Memetik daripada Facebook Tun Carlos, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) terpaksa menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2018 kepada 4.7 peratus berbanding 5.5 peratus sebelum ini kerana pergerakan ekonomi yang dilihat perlahan di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan.

Pengarah MIER, Profesor Emeritus Dr. Zakariah Abdul Rashid

Pengarah MIER, Profesor Emeritus Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, sasaran lebih rendah itu disebabkan permintaan global yang sederhana dan terlalu bergantung kepada penggunaan swasta.

Aktiviti pelaburan yang lemah juga dilihat sebagai halangan untuk memacu pertumbuhan negara.

Permintaan domestik yang diunjurkan kepada 5.5 peratus (tahun ini), lebih sikit daripada 6.5 peratus pada tahun lepas.

Pertumbuhan sederhana dalam penggunaan awam sebahagiannya adalah disebabkan dasar kerajaan yang dilihat berhati-hati dalam berbelanja kerana alasan untuk menangani isu hutang awam yang tinggi.

Petikan Akhbar Utusan Malaysia pada 2 September 2010. Adakah impian ini akan dapat kita capai?

Perolehan negara yang semakin berkurangan juga disebabkan oleh pemansuhan cukai cukai GST.

Oleh itu Kerajaan PH terpaksa memperkenalkan regim cukai baharu dan kerajaan juga perlu pastikan cukai tersebut tidak menjejaskan kos sara hidup rakyat.

Semasa program bual bicara di Bernama News Channel, beliau juga berkata kita perlu menerima hakikat yang keadaan ekonomi di bawah Pakatan Harapan sememangnya lembab.

“Oleh itu saya kira impian untuk mencapai wawasan 2020 dan menjadi Harimau Asia tidak akan tercapai.”katanya lagi.

Apa-apa pun sama-samalah kita doakan, minta dengan tuhan, agar Malaysia terus maju, aman dan damai ya! Amin.. Amin…  Sayangi Malaysia!

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Foto: Utusan Online