Hiburan

“Biasanya Bertunang Dulu Baru Nikah, Tapi…” – AIDIL AZIZ

INSTA ONLINE tak sabar nak tengok pelakon kacak bertubuh sedap Aidil Aziz, 31, bernikah dengan kekasih tercintanya, Fasha Sandha. Ramai peminat juga mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Aidil Aziz sudah bersedia menjadi seorang suami. Bila Tarikh nikah dengan Fasha tu, tunggu sahaja pengumuman Aidil tau

Cerita Aidil Aziz, “terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya. Insya Allah… apabila tiba waktunya (nikah) nanti pasti saya akan beritahu semua. Saya takkan kahwin senyap-senyap.

“Pasal nak buat pengumuman rasmi atau siding media pasal nikah tu, setakat ini belum ada perancangan. Namun, bergantunglah kepada keadaan nanti. Doakan yang baik-baik ya!

“Kalau ikutkan saya target nak kahwin pada umur 30 tahun, tapi sekarang umur saya dah pun 31 tahun. Dah terlebih dari sasaran, haha… Jadi doakanlah agar jodoh saya dipercepatkan ya!

“Bercakap pasal kahwin, biasanya bertunang dulu baru nikah, tapi tengok kepada perbincangan kedua-dua keluarga juga. Kami hanya ikut apa yang mereka rancang.”

Aidil Aziz sudah menganggap anak-anak Fasha seperti anaknya sendiri. Alhamdulillah..

Luah Aidil Aziz kepada Insta Online. Lakonan Aidil yang sedang disiarlan adalah siri drama Villa Ghazara (TV3) dan akan muncul dalam drama Isteri Dalam Sangkar (Hypp TV).

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook: Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my _

Foto: Instagram @itsaidilaziz