Hiburan

“Bila Sakit, ALLAH Beri Banyak Kasih Sayang” – FENDY BAKRY

Pelakon kacak bertubuh sedap Fendy Bakry, 30, mengaku banyak hikmah yang dipelajarinya selepas jatuh sakit pada April lalu.

Fendy yang dinobatkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke n-31 baru-baru ini menjelaskan, apabila dirinya diiuji dengan sakit, Allah balas dengan limpahan kasih sayang.

Fendy Bakry yakin, Allah telah mengaturkan yang terbaik di sebalik sakit yang dialaminya

Cerita Fendy Bakry atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, “Alhamdulillah… Saya sudah sembuh sepenuhnya daripada sakit. Cuma masih perlukan rawatan susulan daripada doktor. Iyalah… Mana-mana doktor pun tidak akan membiarkan paakitnya begitu sahaja. Mesti kena lalui rawatan susulan.

“Walaupun berat badan saya semakin susut, turun 13 kilogram (dari 73 kilogram), saya sihat dan boleh shooting seperti biasa. Syukur sangat!

“Bila sakit, Allah beri banyak kasih sayang. Boleh dikatakan ahli keluarga saya tidak tidur siang malam menjaga saya selama sebulan di hospital dan beberapa bulan di rumah. Belum dikira lagi kos dan komitmen mereka bawa saya untuk berubat moden dan tradisional.

“Bukan itu sahaja, kemenangan saya untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular juga merupakan hasil daripada kasih sayang peminat. Mereka tetap gigih mengundi saya walaupun saya tidak aktif berlakon buat seketika kerana jatuh sakit.

“Doa keluarga, peminat dan rakan-rakan juga membuatkan saya masih bernafas dan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan besar kalian.”

Fendy Bakry yang bertubuh sedap rasa bertuah kerana peminat sentiasa menyokongnya

Luah Fendy Bakry yang mengingatkan dirinya agar tidak lupa diri dan ingat asal-usul.

Sambungnya, “bila dah menang ni, harga saya (bayaran lakonan) tetap seperti biasa. Saya tidak mahu demand lebih-lebih kerana saya ingat bagaimana saya bermula dari bawah. Cukuplah bayaran tersebut berbaloi dengan kerja yang saya lakukan.

“Jangan risau. Sebarang urusan boleh berhubung dengan pengurus saya.”

Begitulah cerita Fendy Bakry yang mula popular menerusi siri drama Mr. Grey (Astro).

Fendy juga akan muncul dalam siri drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu (Astro Ria) bersama Amyra Rosli.

Pada April lalu, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan lemah badan. Fendy pulang ke kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Sama-sama kita doakan Fendy Bakry terus sukses ya! Amin…

Teruskan layari instaonline.com.my # instaonline

Facebook: Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_