Sukan

Brazil bertemu Belgium di suku akhir

Selepas layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2018, peminat Brazil sudah meramal pasukan itu berpotensi bergelar juara.

Namun kehampaan pasukan besar dan popular lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugal dan Argentina membuatkan nasib Brazil juga menjadi ketakutan.

Ramalan kemenangan jadi nyata bila Brazil menghantar pulang Mexico dengan 2-0 hasil jaringan Neymar Jr. pada minit ke 51 dan Roberto Fermino pada minit 88.

Kritikan terhadap pasukan bimbingan Aderno Leonardo, khususnya terhadap prestasi Neymar terjawab. Brazil ternyata ada magis kali ini.

Brazil akan bertemu Belgium yang menundukkan Jepun 3-2 awal pagi ini.

Jepun yang mendahului 2-0 sehingga 70 minit terpaksa akur dengan jaringan ketiga Belgium pada minit terakhir tambahan masa kecederaan.