Hiburan

“Bukan Senang Jadi Pengacara Mak Nyah” – VIVIANA ABDULLAH

KAGUM sungguh Insta Online dengan ketabahan hati pengacara mak nyah yang semakin popular iaitu Viviana Abdullah.

Dari acara santai sehinggalah yang formal,  Viviana menjadi rebutan kerana kehebatannya dalam mengacarakan apa sahaja majlis.

Viviana Abdullah semakin popular kerana kehebatannya dalam bidang pengacaraan

Ramai yang suka dengan pengacaraan Viviana yang bijak ‘memukau’ jiwa, dalam masa yang sama banyak mesej berguna dan bagus buat penonton. Tahniah!

Nampak ceria dan cantik sentiasa, tapi hanya Allah sahaja yang tahu pahit manis yang dilalui Viviana untuk sampai ke tahap sekarang.

Cerita Viviana kepada Insta Online, “bukan senang jadi pengacara mak nyah. Terlalu banyak dugaan yang saya hadapi, namun saya ‘telan’ semua itu kerana saya yakin Allah selalu bersama saya.

“Dugaan paling teruk sepanjang saya menjadi pengacara adalah pihak penganjur mengambil kesempatan ke atas isu mak nyah untuk tidak membayar baki bayaran kepada saya.

Walaupun pernah dipulau dan dimaklumkan, kesabaran Viviana membuatkan dirinya semakin popular

“Alasannya, bos besar tak suka kehadiran mak nyah, tetapi dia yang jemput saya sebagai pengacara. Tidak mengapa, hanya Allah yang mampu membalasnya.

“Saya juga pernah melalui situasi, di mana saya muncul di pentas utama untuk membuat kata- kata pembukaan, ada beberapa tetamu yang berada di meja itu bangun lantas meninggalkan majlis.

“Saya rasa sedih dan kecewa sangat tindakan mereka. Kalaulah bencikan saya sekali pun, janganlah sampai menghukum saya sebegitu. Sekurang-kurangnya, bagilah saya ruang untuk tunjukkan bakat yang ada dalam mencari rezeki halal.

Valshuq Izzadi antara jurumekap kesayangan Viviana

“Namun saya redha. Rezeki adalah pemberian Allah. Bukan manusia. Selagi kita berusaha mencari rezeki halal, insya Allah… Rezeki pasti ada. Cuma kena kuatkan mental dan banyak bersabar.”

Alhamdulillah… Berkat kesabaran dan usaha tanpa jemu, nama Viviana Abdullah semakin popular dalam dunia pengacaraan. Terbukti memang ramai yang senang dan selesa dengan pengacaraan Viviana dalam apa jua majlis.

Nasihat Buat Kaum Mak Nyah

Viviana Abdullah juga kini dijadikan contoh dan inspirasi buat ramai remaja di luar sana terutama golongan mak nyah dalam mencapai kejayaan.

“Nasihat saya kepada kaum mak nyah di luar sana, jangan terlalu rasa ‘terpukul’ dengan situasi yang menghimpit kaum kita.

“Sabarlah, kerana ini secara tidak langsung mengajar kita untuk lebih cekal dan tabah dalam menempuh serta  menyelesaikan segala masalah yang melanda.

“Apa yang penting kita (mak nyah ) haruslah mempamerkan sisi mak nyah yang positif dan baik kepada masyarakat yang mungkin sebelum ini mereka tidak pernah lihat.

Viviana sesuai jadi pengacara untuk apa Jua majlis santai atau formal. Anda pasti terhibur!

“Kurangkan cetus kontroversi diri kerana ia bakal mengeruhkan lagi keadaan yg sedia ada ini. JUJUR ,TELUS , BERILMU ,SOPAN… inilah yang perlu diterapkan dalam diri dan ini jugalah yang harus dipamerkan kepada mereka di luar sana.

” Pesanan saya kepada orang ramai yang membawa Insta Online ini, janganlah suka menuduh atau menggelarkan golongan mak nyah ini sebagai pendosa, sedangkan banyak perkara positif yang kami lakukan tidak dipandang.

“Doing good to sinners tak bermaksud we agree with them. Hate the sin, but not the sinner.”

Viviana pernah jadi pengacara untuk majlis artis popular Ziana Zain

Begitulah kata-kata bernas dan semangat yang boleh membangkitkan motivasi diri. Semoga apa yang disampaikan oleh Viviana ini menjadi inspirasi buat kita semua.

Terima kasih Viviana Abdullah yang sudah 12 tahun jadi pengacara. Semoga makin murah rezeki ya! Amin…

Tunggu kisah Viviana Abdullah dalam artikel yang akan datang ya!

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Foto: Instagram (@vivianaabdullah)