Gaya Hidup

Cara Tidur Menurut Islam, Lakukan 6 Langkah Ini Ya!

Ada yang bertanya kepada Insta Online, apakah sebenarnya dimaksudkan cara tidur menurut Islam?

Kali ini, Insta Online nak bagi tip cara tidur menurut amalan Islam. Lakukan enam langkah Ini ya!

1. Tidur awal, bangun awal
Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan para sahabat terus melakukan aktiviti selepas Isyak.
Sabda baginda, “seseorang tidak patut tidur selepas solat malam, atau mengadakan perbincangan selepasnya.” (HR Bukhari).

Rasulullah s.a.w tidak tidur selepas solat Subuh dan memberitahu para sahabat bahawa pekerjaan pada awal pagi dirahmati Allah.

2. Berwuduk sebelum tidur dan berdoa
“Sebelum tidur, berwuduk seperti kamu akan bersolat dan berbaring pada sisi kanan kamu (HR Muslim), kata Rasulullah s.a.w kepada salah seorang sahabat, “dan berdoalah.”

3) Mengebas dan Membersihkan Katil Sebelum Tidur
“Sebelum sesiapa antara kamu tidur, dia patut mengambil hujung pakaian (jubah) dan patut membersihkan katilnya dengan bantuan kain itu dan seterusnya menyebut nama Allah.” (HR Muslim).

Tidur mengikut cara Islam pasti membuatkan anda lebih ceria apabila bangun tidur pagi nanti

4) Tidur Mengiring Pada Bahagian Kanan

5) Menutup Lampu Sebelum Tidur
“Tutuplah lampu sebelum tidur, tutuplah pintu, dan tutup semua bekas dan bejana.” (HR Bukhari).
Kajian saintifik menunjukkan, mengekalkan keadaan gelap semasa tidur mengelakkan gangguan pada ritma circadian.

6) Menguap
Menguap satu perbuatan yang tidak sopan di kalangan orang Islam, terutamanya di tempat awam. Jika hendak Menguap, tekapkan tangan ke mulut.
Sabda Rasulullah s.a.w, “Menguap itu daripada syaitan. Jika kamu hendak menguap, tahan sedaya upaya yang boleh. Jika kamu Menguap, syaitan akan ketawa. ” (HR Bukhari)

Selamat mencuba ya sayang-sayang semua. Selamat malam dan mimpi yang indah-indah.

Teruskan layari instaonline.com.my

Sumber: Majalah Al-Islam (Isu Ogos 2018)
FOTO: Instagram @jbsandthecatgang & @malaikatkucing