Gaya Hidup

Cara tingkatkan sistem imunisasi badan

Sistem imun badan atau sistem imun adalah sistem tubuh yang memastikan satu badan dapat memerangi serangan luar dan dalam. Mungkin tips di bawah ini boleh digunakan untuk memperbaiki sistem imun badan.

Senaman membantu tingkatkan sistem imunisasi badan.

🔹 Nutrisi makanan. Makanan berkhasiat mampu memberikan nutrisi yang tinggi. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

🔹 Senaman. Dengan mengamalkan senaman, sistem imun boleh diperbaiki supaya badan kita lebih cergas.
🔹 Mengawal tekanan. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi mengurangkan tekanan. Mengawal tekanan darah juga salah satu cara menjaga sistem imunisasi dalam badan.
🔹 Mengambil suplemen tambahan. Suplemen boleh melengkapkan nutrien badan dan makanan yang tidak boleh dihasilkan.