Buletin Hiburan

Norman-Memey dapat anak perempuan

Pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza menerima anak perempuan tengah hari tadi. Bayi mereka lahir secara normal seberat 3.35 kg yang lahir pada pukul 12.52 tengah hari. 

Buletin

Imran Ajmain berdebar untuk konsert 10 tahun

Debaran penyanyi Singapura, Imran Ajmain semakin membara saat menghitung hari langsungnya konsert mini balada Melayu; Sepuluh Tahun Pertama yang akan diadakan di Studio Recital, Esplanade, Singapura pada 13 Julai ini. Konsert mini ini sempena ulang tahun sedekad penglibatan Imran dalam bidang seni selain sempena minggu Pesta Raya – Festival Seni Melayu yang berlangsung di Esplanade […]

Buletin

Konsert 4 sekawan Datuk, Baik Punya Konsert 4D

Datuk Hans Isaac sudah berjaya dengan penjenamaan siri Baik Punya dengan mementaskan teater Baik Punya Cilok. Kini dia memanjangkannya dengan pementasan Baik Punya Konsert-4D di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Dalam pementasan yang akan diadakan pada 26-28 Julai 2018 itu, Hans sendiri akan menyanyi bersama-sama tiga rakan yang kini bergelar Datuk, Awie, Afdlin Shauki dan AC […]

Buletin

Konsert Metal Legend II, 8 September janji terbaik

Kejayaan Konsert Metal Legends Live In Concert yang menampilkan paduan dua band metal terkemuka Malaysia, XPDC dan Cromok di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 3 Februari lalu bakal bersambung. Kesinambungan dan atas permintaan ramai, pihak penganjur Dream Stage membawa konsep yang sama ke Pasir Gudang dalam Konsert Metal Legends II Live In JB. […]

Buletin

Konsert K-Wave3 bawa bintang KPop ternama

Selepas tujuh  bulan berlalu, Festival Muzik K-WAVE 3 yang dibawakan oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR kini kembali memeriahkan industri hiburan tempatan. Barisan artis seperti FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, JEONG SEWOON, WJSN dan BOYFRIEND akan mencetuskan gelombang di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18  Ogos ini mulai pukul 8.00 malam.