Hiburan

Jangan takut derma organ-DKI

Penyanyi Dayangku Intan (DKI) bakal menjalani pemindahan sebelah buah pinggangnya kepada suami, Rosman Yahil September ini. Doktor telah mengesahkan buah pinggangnya sihat dan sesuai untuk dipindahkan kepada Rosman.

Hiburan

Ebi Kornelis jadi penjahat Iban

Pelakon dan penyanyi Ebi Kornelis kini sedang menjalani penggambaran filem Headhunter yang mengisahkan mitos pemburu kepala dalam masyarakat Iban di Sarawak. Sebagai watak jahat bernama si Sapek dalam filem itu, Ebi mengenakan pakaian dan perhiasan gaya pemuda Iban. Nampak brutal juga gaya Ebi dalam watak itu. Ebi berkongsi fotonya dalam laman Facebook.

Hiburan

Makna ulang tahun paling istimewa Fizo Omar

Pelakon dan usahawan Fizo Omar memanjat syukur kepada Allah kerana diberikan kesihatan, kebahagian dan ketenangan menjelang ulang tahunnya yang mencecah angka 33 hari ini. Dia memuatnaik status panjang lebar menjelaskan makna ulang tahun yang dianggapnya paling istimewa tahun ini. Apatah lagi kali ini disambut dengan status sebagai seorang bapa.

Hiburan

Bienda nasihat netizen teliti sebelum hentam

Kontroversi video `perbalahan’ penyanyi dangdut Sheeda dan Ifa Raziah di parkir kereta sebuah pusat membeli belah  yang tular minggu lalu turut terpalit kepada penyanyi Bienda yang merakam aksi itu. Bienda juga turut menjadi bahan kecaman dan dikritik kerana melibatkan diri dalam situasi itu serta dikatakan sengaja mencipta kontroversi. 

Hiburan

Elvina Mohamad hindar baca komen negatif

Pelakon Datin Elvina Mohamad pernah lalui detik perit apabila suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan ditahan polis Mei lalu untuk membantu siasatan berkait kes penipuan matawang kripto dan pelaburan matawang. Pada masa itu dia juga turut menjadi mangsa kecaman  netizen, malah ada yang membuat saranan supaya dia bercerai sahaja dengan suami yang dikahwini pada 18 Mac […]

Hiburan

Enam penyanyi wanita 90-an gabung terbit album

Enam penyanyi wanita era 90-an bergabung menerbitkan sebuah album mini untuk buat comeback ke dunia seni. Idea merakam single dan buat kompilasi album mini itu tercetus apabila mereka awalnya dipertemukan dalam satu group Facebook dan kerap berkumpul.

Hiburan

Farhan tak rehat walaupun sarat hamil

Kandungan kedua penyanyi Farhan Azizan kini sudah sarat, dah masuk lapan bulan. Namun dia masih terus menerima undangan menyanyi dan tidak terfikir untuk berehat. Malah bulan depan, semasa kandungan dah masuk sembilan bulan pun dia sudah ada jadual mengadakan persembahan. Dia tidak anggap mengadakan persembahan semasa hamil sebagai masalah.

Hiburan

Mya Ruslee terbuka bawa teman lelaki

Penyanyi Mya Ruslee atau Mya Matahari kini semakin terbuka membawa kawan lelaki ke majlis yang dihadiri peminat dan media. Malah di laman sosial juga dia tidak segan lagi memuatnaik foto bersama lelaki yang sedang diselami hatinya  itu. Mya mengenali lelaki yang diperkenalkan sebagai H hampir setahun lalu, dan kini hubungan mereka semakin rapat dan bersedia […]

Hiburan

Raihan teruja diundang ke Kashmir

Kumpulan nasyid kontemporari Raihan agak jarang muncul di khalayak umum sekarang ini. Mungkin kerana mereka tiada produk baharu. Lagu baharu pun tiada. Namun mereka terus mendapat tempat di luar negara. Raihan masih lebat undangan mengadakan persembahan di luar negara. Terbaharu mereka dijadualkan ke Kashmir, India pula dan beberapa destinasi lain.

Hiburan

Syafiq Kyle syukur rezeki tak terjejas

Pelakon Syafiq Kyle bersyukur kerana namanya masih terus mendapat permintaan daripada penerbit dan pengarah drama walaupun pernah terpalit kontroversi hangat. Malah populariti dan penerimaan penonton terhadap drama bersiri  Nur membuatkan namanya terus diingati. Populariti watak Ustaz Adam dalam drama tersebut serta mutu terbaik yang dilabelkan membuatkan dia juga menjadi selektif dalam menerima tawaran.