Sukan

Crotia ke final Piala Dunia 2018

Crotia menyingkirkan England awal pagi ini waktu Malaysia untuk melangkah ke final Piala Dunia 2018 untuk bertemu Perancis Ahad ini.

Crotia menang 2-1 pada masa tambahan setelah seri 1-1 pada 90 minit masa sebenar.

Ia satu catatan sejarah kerana Crotia mencetak nama buat kali pertama beraksi di Piala Dunia.

England hanya akan membuat perhitungan dengan Belgium untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.

England yang dibarisi pemain muda dan  menjaringkan gol seawal minit kelima terpaksa berputih mata kerana tak dapat mengekang perancangan Crotia pada separuh masa kedua.