Hiburan

Diajak Ke Ranjang… “Nikah Dulu, SEKS Kemudian” – IKMAL ANUAR

Pelakon baharu kacak yang juga model, Ikmal Anuar, 22, mengaku kadang-kadang berasa rimas apabila sering digoda dan diajak untuk ke bilik tidur.

Kalau dah ajak tidur tu, takkan nak main congkak atau Batu Seremban dalam bilik kan? Mestilah ada udang di sebalik batu atau mempunyai muslihat tertentu.

Ikmal Anuar tolak godaan Seks kerana mahu fokus lakonan

Cerita Ikmal Anuar, “saya akui digoda perempuan mahu pun lelaki. Kebanyakan mereka ajak saya ke ranjang atau melakukan hubungan seks.

“Kalau lelaki yang ajak, awal-awal lagi saya tolak kerana saya lelaki straight atau sejati yang hanya sukakan perempuan. Saya tak marahkan mereka, cuma saya berterus-terang dari awal.

“Perempuan memang ramai yang ajak tidur, tapi saya tolak kerana tiada ikatan sah. Bagi saya, nikah dulu, seks kemudian.

“Bukan sombong atau berlagak baik, tapi saya diajar keluarga agar tidak mudah terpedaya dengan godaan-godaan, tambah pula salah di sisi agama.”

Ikmal Anuar mahu jadi pelakon berjaya suatu hari nanti

Luah Ikmal Anuar yang berharap remaja lain jangan mudah terpedaya dengan godaan yang boleh merosakkan diri serta iman.

Betul cakap Ikmal tu. Kena jaga maruah diri tau!

Pasal kerjaya, Ikmal Anuar bercita-cita mahu menjadi pelakon yang berjaya suatu hari nanti.

Sambungnya, “sebagai pelakon baharu, saya mahu belajar banyak perkara untuk menambah ilmu dalam bidang lakonan.

“Walaupun belum pernah mendapat watak utama atau yang ada nama, saya tak kisah bermula dari bawah dan perlahan-lahan dikenali.

“Untuk itu, saya merancang mahu hadiri kelas lakonan. Harapnya, ia banyak membantu saya untuk terus diterima dalam industri lakonan.

“Sebelum ini saya pernah mendaftar satu program kononnya untuk bakat baharu, tapi saya ditipu. Tapi apa boleh buat, salah saya juga yang terlalu teruja  nak jadi pelakon sampai kena tipu. Haha…”

Walaupun pernah ditipu, Ikmal tak putus asa untuk jadi pelakon.

Sabarlah Ikmal Anuar. Insya Allah akan tiba masanya orang nampak bakat Ikmal tau. Apa yang penting jangan putus asa ya! 

Instagram Ikmal Anuar : @eikmxl_

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram :@instaonline.com.my_

Foto: Rohaida Zulkifli