Hiburan

Esma Daniel sudah pulih, tak tutup hati

Selepas rumahtangga keduanya berakhir dengan perceraian hampir dua tahun lalu, pelakon Esma Daniel sedikit tertekan dan senyap sekejap.

Namun sehari ke sehari dia semakin pulih dan sudah  boleh terima kenyataan dan kembalikan keyakinan diri. 

Dia kembali aktif bekerja sehingga dapat lupakan masalah diri. Esma kini tinggal bersama anak sulungnya, Habib Daniel.

Bekas isteri, Nitra Sari Omar bersama enam anak mereka tinggal di Johor. Jarak berjauhan dengan kesibukan masing-masing antara punca mereka mengakhiri ikatan.

“Ini kali kedua bercerai, pastilah satu benda sukar yang saya lalui. Pada awalnya payah saya nak terima, sekarang alhamdulillah saya semakin okey,” kata Esma.

Perkahwinan pertamanya dengan pelakon Sheril Merlis dikurniakan dua anak.

“Anak ramai kenalah bekerja kuat,” kata Esma lagi.

Esma, 49, juga tidak terus menutup hati sekiranya ada jodoh lagi suatu hari nanti.

“Berkawan-kawan tu adalah…,” katanya lagi.