Hiburan

HAIZA Akui, Bahagia Rumah Tangga Bukanlah Seks Semata-Mata

Semasa bercinta hidup indah bagaikan pelangi. Bila dah kahwin, ada sahaja masalah yang menguji. Lebih teruk ada sesetengahnya terpaksa bercerai. Di mana silapnya?

Insta Online sempat bertanya kepada penyanyi, pengacara dan penyampai radio Kool FM, Haiza,38,  tentang hal ini.

Haiza berpendapat setiap pasangan ada cara tersendiri dalam menjalani kehidupan berumahtangga

Cerita Haiza, “saya tak boleh nak komen rumah tangga orang kerana jodoh dan cara hidup selepas berkahwin adalah hak pasangan masing-masing. Setiap pasangan ada caranya.

“Tipulah kalau saya cakap dalam rumah tangga tidak pernah bertegang urat atau selisih faham. Itu adalah normal. Kita dengan kawan-kawan pun boleh bergaduh, apatah lagi suami isteri yang tinggal bersama.

“Saya ada juga bertanya kepada kawan-kawan lelaki, apa yang lelaki nak sebenarnya dari pasangan. Kebanyakannya komen pasal hubungan Intim (seks).

“Ada yang cakap nak yang cantik dan bersih luar dalam. Saya tahu ia penting tetapi lelaki pun tak boleh salahkan isteri saja, lelaki pun kenalah jaga kebersihan dan penampilan diri juga.

“Hubungan  intim memang sangat penting. Kalau ada yang tak selesa atau kurang suka, terus terang dengan pasangan.

Haiza lebih mengutamakan komunikasi yang baik dengan suami

“Jangan jadikan masalah hubungan intim itu sebagai alasan untuk cari yang lain kerana semuanya boleh dibawa berbincang.

” Namun kebahagiaan rumah tangga bukanlah terletak pada hubungan intim semata-mata. Memang ia penting tapi janganlah kita ‘bertuhankan’ itu kerana banyak lagi faktor lain dalam mencapai bahagia rumah tangga.

“Bagi saya sendiri, paling penting adalah komunikasi baik dengan pasangan dan jangan pendam apa-apa yang kita rasa. Terus terang.

“Masalah kecil janganlah dibesar-besarkan. Kadang-kadang pasal ikan hangus pun boleh jadi isu untuk bergaduh. Kalau tak puas hati tegur cara baik.”

Haiza bahagia bersama suaminya Hanaphe dan anak mereka, Iman

Luah Haiza yang sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta Norhanaphe Omar,38. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Nur Iman Shafie, 5.

Kembali Dengan Irama Dangdut

Selepas jadi finalis rancangan Gegar Vaganza,  Haiza muncul dengan lagu genre Balada berjudul Tentang Cinta.

Kemudian, Haiza muncul dengan lagu pop rock berjudul  Jangan Pernah Berdusta duet bersama Aepul Roza.

Kedua-dua lagu ini kurang menyerlahkan Haiza sebagai penyanyi, adakah Haiza patut kembali dengan irama yang menjadi ‘makanannya’ iaitu dangdut?

“Dalam masa terdekat ini, saya akan muncul dengan lagu dangdut ciptaan komposer muda. Judul lagu dan siapa komposernya biarlah rahsia dulu.

Haiza akan kembali muncul dengan lagu dangdut ciptaan komposer muda

“Tak dinafikan, bila ada yang cakap saya kurang menyerlah dengan lagu balada atau pop rock, saya akuinya. Jadi biarlah penyanyi lain yang sesuai teruskan dengan genre tersebut.

“Rasanya sudah tiba masanya untuk saya kembali dengan irama asal saya iaitu dangdut. Cuma kali ini saya bekerjasama dengan komposer muda kerana mahukan sentuhan muzik yang berlainan dan segar.

“Walaupun lagu dangdut, tetapi tetap ada elemen moden supaya saya tidak ketinggalan dengan arus muzik sekarang.

“Saya perlu tampil kelainan untuk terus relevan dalam industri muzik.”

Begitulah cerita Haiza yang sudah 23 tahun dalam industri.

Insta Online doakan Haiza terus sukses ya! Amin….

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)