Viral

HARAM Guna Straw 1 Januari… Nak Minum Guna Apa Ya?

Ramai yang tertanya-tanya, apabila dilarang menggunakan straw untuk minum air, habis nak guna apa ya?

Jika undang-undang ini betul-betul berjalan atau dilaksanakan, apa pendapat anda?

Bermula 1 Januari tahun depan (2019), semua perniagaan makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tidak lagi dibenarkan menggunakan ‘straw plastik’.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan ‘straw’ tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan.

“Pemilik perniagaan juga akan dikenakan denda, hilang deposit, barangan perniagaan dirampas atau boleh dipenjara.

Semoga maklumat atau info tentang pengharaman menggunakan straw ini disampaikan secara berterusan kepada rakyat

“Larangan terhadap straw plastik adalah sebagai tambahan kepada larangan beg plastik dan polysterin yang bermula September tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, perintah itu tercatat jelas dalam lesen perniagaan dan ianya bukan menjadi alasan kepada pemilik perniagaan untuk tidak mematuhinya.

Beliau berharap semua pusat perniagaan akan bekerjasama dan mematuhi keperluan itu demi persekitaran yang lebih baik.

Apa-apa pun Insta Online berharap, akan ada kempen atau penjelasan lebih lanjut berhubung perkara ini. Ia bagus untuk peniaga mahu pun pengguna. Betul tak?

Semoga penjelasan itu nanti tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Doakan yang terbaik ya!

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook: Insta Online
Instagram: instaonline.com.my_

Sumber: Terima kasih facebook Rakyat  Bersuara