Hiburan

Hikmah Abang Sado Ajak Seks, KELLY AZMAN Dilantik Sebagai Duta Produk

Sudah menjadi rezeki pelantun lagu No No No, Kelly Azman yang tidak lama lagi bakal dilantik sebagai duta produk.

Selepas kontroversi ramai abang sado (sasa) goda Kelly untuk mengadakan hubungan seks terlarang, namanya semakin disebut-sebut sehingga terbuka hati seorang usahawan dari Pulau Pinang melamarnya’ untuk dijadikan duta produk.

Cerita Kelly Azman kepada Insta Online, “pasal kontroversi lalu, saya sudah pun memaafkan mereka. Dari sudut positif, ia mematangkan saya dalam menjalani kehidupan sebagai artis. Yang lepas saya tak mahu ungkit lagi.

“Hikmah daripada kontroversi tersebut, sekarang saya ‘dihimpit’ oleh seorang usahawan dari Pulau Pinang pula. Tapi kali ini saya gembira kerana dia ‘menghimpit’ atau menghubungi saya kerana mahu bekerjasama dalam mengusahakan produknya.

Inilah usahawan yang dimaksudkan Kelly mahu bekerjasama dengannya untuk menjayakan sebuah produk

“Setelah kami  bertemu dan berbincang beberapa kali, insya Allah… Jika semua  berjalan lancar saya akan menjadi model atau duta produknya.

“Buat masa ini, cukuplah saya sebut nama usahawan tersebut sebagai Iddin Syah. Apa nama dan jenis produk tu, rasanya lebih baik dirahsiakan dulu. Bila semua dah confirm, kami akan  buat majlis pelancaran.”

“Saya anggap semua ini adalah rezeki. Dalam masa yang sama, saya harap kerjasama yang terjalin ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.”

Luah Kelly yang bersyukur lagunya No No No semakin diterima baik.

Kelly Azman sedang popular dengan lagu No No No

“Mungkin lagu ini tidaklah senasib lagu daripada penyanyi-penyanyi muda sekarang, di mana tontonan di laman YouTube tinggi.

” Namun, saya sudah gembira apabila tontonannya di YouTube perlahan-lahan naik. Permintaan untuk mana-mana persembahan pun semakin bertambah.

Kelly akui dia mahu mencontohi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam mencapai kejayaan.

“Semakin ramai yang mengenali lagu No No No. Terima kasih kepada media-media dan para peminat yang tidak pernah jemu menyokong saya. Hanya Allah yang mampu membalasnya.”

Begitulah cerita Kelly Azman yang juga aktif sebagai pengacara.

Teruskan layari instaonline.com.my

Foto:Koleksi Kelly Azman