Hiburan

IDRIS KHAN Serasi Bersama JULIA FARHANA

Amboi… Pelakon kacak bertubuh sedap Idris Khan, 29, mengaku serasi berlakon bersama pendatang  baharu cantik Julia Farhana.

Mereka digandingkan berdua dalam siri drama Salon (NTV7) yang bermula siarannya pada 17 September ini.

Salon disiapkan di online streaming viu.com dan NTV7.

Siri drama Salon bermula siarannya pada 17 September ini.

Bila dah serasi bersama tu, tak ada apa-apa ke?

Cerita Idris Khan, “dalam siri drama Salon, saya bawa watak sebagai Sam. Sam adalah seorang pegawai penyiasat yang sedang menyiasat kes beberapa pembunuhan yang berkait.

“Dalam Salon, saya digandingkan dengan Julia Farhana yang bawa watak sebagai pemilik salon bernama Anna.

“Walaupun ini adalah kali pertama kami berlakon  bersama, ia tidak menjadi masalah kerana kami berdua ada chemistry.

“Dia seorang yang serius dalam bekerja, mempunyai komitmen yang tinggi dan senang dibawa berbincang. Kalau ada peluang digandingkan lagi, saya terima dengan hati terbuka.”

Idris Khan yang bertubuh sedap dan sasa ini sesuai bawa watak sebagai pegawai penyiasat. Mesti ramai tergoda kan?

Luah Idris Khan yang semakin laris di pasaran. Haa.. Jangan salah anggap tau. Idris dan Julia Farhana hanya serasi dalam drama. Saja Insta Online bergurau usik-usik manja. Tak gitu?

Selain Idris Khan dan Julia Farhana, Salon turut dibintangi oleh Iman Corinne.

Salon mengisahkan Anna membuka Salon baharu yang pantas menjadi bualan orang kota Kuala Lumpur.

Anna memiliki sejarah hitam silam dan memiliki misi untuk menjejak pembunuh yang membunuh anggota keluarganya  dan mahu menuntut keadilan mengikut caranya sendiri.

Insta Online tak lepas bertanyakan tarikh nikah dengan kekasihnya gadis dari Maghribi iaitu Sanaa Jeljalane,26, ini jawab Idris Khan, “seperti yang saya beritahu sebelum ini, persiapan ke arah itu (nikah) sudah ada, cuma tarikh yang belum ada.

Idris Khan sedang melakukan persiapan untuk menikahi kekasihnya. Doakan yang terbaik buat mereka berdua ya! Amin…

“Insya Allah.. Sudah tiba masanya nanti saya akan  beritahu ya!”

Sebelum ini mereka dijadualkan bernikah pada 20 Januari lalu, namun ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Insta Online doakan Idris Khan dan kekasihnya cepat- cepat bertemu jodoh ya!

Sebelum ini Idris popular menerusi drama Duda Terlajak Laris (TV3), Abang Sado Jemur Kain (TV3), Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin (TV3) dan banyak lagi.

Teruskan layari instaonline.com.my

Foto:Instagram @theidriskhan