Hiburan

Ishak Nengah meninggal dunia

Bekas pembaca berita dan pengacara TV3 dan RTM, Ishak Nengah yang juga bapa penyanyi Joe Flizzow, meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kanser hidung.

Ishak,  65, disahkan meninggal dunia  akibat komplikasi barah Nasopharyngeal carcinoma (NPC) atau barah hidung yang dihidapinya sejak tahun 2011.

Foto kenangan bersama keluarga.

Isteri Allahyarham, wartawan Aisyah Ali memberitahu Allahyarham mengadu sukar bernafas sekitar pukul 4.00 pagi tadi dan terus dibawa ke PPUM.

“Saya sekeluarga sangat sedih tetapi reda, kerana pemergian beliau sangat mengejutkan,” kata Aisyah.

Jenazah dibawa ke Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya, dan disemadikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ22, Subang Jaya. Selain Joe, dua orang lagi anak Allahyarham ialah Ashraf dan Iman.