Hiburan

Jaga Solat… Rahsia ZIZAN RAZAK Kekal Popular

Walaupun pelbagai kontroversi yang melanda pelawak, pelakon dan pengacara kacak Zizan Razak, namun rezekinya tidak pernah putus malah sentiasa diterima peminat.

Buktinya, dia dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang popular ke-31 semalam menewaskan saingannya dalam kategori tersebut iaitu Abam, Jep, jihan Muse dan Mark Adam.

Zizan selalu ingatkan peminat, doa ibu sangat penting dalam mencapai kejayaan

Lebih 10 tahun kekal aktif dan popular dalam industri seni, ramai pelawak atau artis komedi yang muncul, namun Zizan Razak, 34, tetap berada di kelasnya tersendiri. Apakah agaknya rahsia atau tip Zizan terus diterima ya!

Cerita Zizan, “bercakap pasal saingan, semuanya hebat-hebat dan ada identiti tersendiri. Lawak ini subjektif, sesiapa sahaja boleh buat orang ketawa, Cuma nak terus kekal diterima itu adalah usaha individu itu sendiri.

“Untuk terus kekal, jagalah solat kerana itu bermaksud kita menjaga hubungan kita dengan Allah yang juga pemberi rezeki. Ke mana pun kita pergi, solat mesti dijaga.

“Selain itu, jagalah ibu bapa yang susah payah membesarkan kita. Tanpa izin dan keredhaan mereka, sukarlah untuk kita mengharungi kehidupan.

Jaga Solat dan perbaiki hubungan dengan ibu bapa serta orang sekeliling itu adalah rahsia Zizan bertahan lama dalam industri

“Apabila bekerja pula, fokuslah kepada kerja walaupun kita berhadapan dengan pelbagai masalah atau kontroversi. Ingat, sentiasa hormat orang, jaga disiplin, dan janganlah sombong kerana itu adalah perkara paling rugi dalam hidup.

“Buang rasa sombong membuatkan orang lain hormat dan bukannya takut kepada kita. Bila kita tidak sombong orang akan rasa dekat dengan kita.

“Jangan bezakan orang di set penggambaran. Sama ada krew, pelakon, tukang buat air atau sesiapa sahaja, kita semua adalah satu level. Kita sama-sama cari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Tanpa mereka,kita takkan ke mana-mana.”

Luah Zizan Razak yang menggenggam trofi keenam untuk kategori Artis Komedi Popular sepanjang pembabitannya dalam industri seni.

Sambungnya, “saya tak pernah mengharapkan kemenangan apabila hadir mana-mana acara. Kehadiran adalah tanda sokongan saya kepada industri dan penganjur. Bukan apa, kalau saya berharap menang nanti saya akan kecewa. Jadi saya enjoy saja.

“Ini adalah kerja peminat yang tak jemu-jemu mengundi. Ini membuktikan mereka masih sayangkan saya. Tidak mahu tidak ini juga sudah semestinya rezeki daripada Allah. Kalau Dia kata bukan rezeki saya, maka gelaran popular itu bukan milik saya.”

Zizan dan Mira Filzah menafikan mereka sedang bercinta. Tapi mereka nampak sepadan kan?

Begitulah cerita Zizan Razak yang masih mencari cinta. Zizan sekarang sedang mengenali hati budi pelakon Mira Filzah. Mereka nampak sepadan kan?

Tak apalah Zizan, soal jodoh tu kerja tuhan.

Selain akan muncul dalam filem Polis Evo 2, Zizan akan muncul dalam filem Kesempatan Keduda pada November ini untuk tayangan di Indonesia.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook: Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_

Foto: Instagram : @zizanrazak869